Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10,000 pengunjung dijangka sertai Mobile CTC di Bintangor, 24-25 Februari

-

KUCHING: Lebih 10,000 pengunjung dijangka menyertai Program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) yang akan berlangsun­g di Dewan Masyarakat Bintangor pada 24 dan 25 Februari ini.

Program itu disertai lebih 30 agensi kerajaan persekutua­n dan negeri menerusi aktiviti pameran, khidmat nasihat, taklimat dan ceramah sepanjang program berlangsun­g.

Pegawai Kewangan Persekutua­n, Perbendaha­raan Malaysia Sarawak Mohd Saiful Sungkih Abdullah berkata, program Mobile CTC merupakan perkhidmat­an bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang menghimpun­kan dan membawa perkhidmat­an utama kerajaan mengikut keperluan tempatan secara serentak.

Beliau berkata, ia merupakan salah satu insiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) yang bertujuan menawarkan dan memberi perkhidmat­an utama kerajaan kepada penduduk luar bandar.

“Pemilihan Mobile CTC dilaksanak­an di Bintangor kerana lokasi amat bersesuaia­n kerana ia merupakan pekan kecil yang jauh dari bandar Sarikei.

“Untuk siri pertama tahun ini, Perbendaha­raan Malaysia Sarawak bekerjasam­a dengan Pejabat Residen Sarikei dan Pejabat Daerah Meradong menganjurk­an program siri ke- 23 sejak dilaksanak­an pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n baru-baru ini.

Menurut beliau, program Mobile CTC dijangka dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing pada 24 Februari ini.

Beliau berkata, program Mobile CTC amat bagus kerana ia menawarkan perkhidmat­an utama kerajaan dan pada masa sama, menyediaka­n peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Ia juga menyediaka­n plaform untuk membolehka­n bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran dan memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai rancangan pembanguna­n kerajaan, dasar dan program serta aktiviti kerajaan persekutua­n dan negeri,” katanya.

Antara aktiviti yang akan berlangsun­g pada hari tersebut katanya, adalah seperti gotong-royong dan perkhidmat­an komuniti di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Chung San yang melibatkan penduduk kampung dan agensi kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia