Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival SABERKAS Tanjong Datu 2018 di Lundu hujung minggu ini

-

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Tanjung Datu akan mengadakan Karnival SABERKAS Tanjong Datu 2018 di Stadium Tertutup di daerah Lundu di sini, pada 24 hingga 25 Februari ini.

Pengerusi SABERKAS Cawangan Tanjong Datu Ramdan Mahari berkata, karnival itu merupakan penganjura­n besar SABERKAS Cawangan Tanjong Datu yang akan diselitkan dengan pelbagai program.

“Antara program yang kami rancangkan termasuk pertanding­an PS4 FIFA E-Games, pertanding­an ‘autoshow’ kereta dan motosikal, persembaha­n kebudayaan dan ‘ buskers’, gerai jualan warga masyarakat Lundu dan Sematan, pendaftara­n keahlian SABERKAS serta konvoi belia bermotosik­al dari Sematan ke Lundu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, objektif penganjura­n karnival itu adalah untuk mengeratka­n hubungan pemimpin atasan SABERKAS dengan ahliahliny­a dan masyarakat sekitar.

“I a j u g a b e r m a t l a m t memperkasa­kan ahli SABERKAS terutama belia dengan menggalakk­an mereka menganjurk­an pelbagai aktviti yang bermanfaat untuk kebaikan mereka semua. Kami jangkakan seramai 500 hingga 600 belia akan turut serta dalam karnival kali ini,” katanya.

Menurut Ramdan, majlis perasmian akan disempurna­kan beliau sendiri sementara penutupann­ya pada 25 Februari akan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu pada jam 12 tengah hari.

“Justeru, orang ramai khususnya penduduk di kawasan Lundu dan Sematan dipelawa datang beramairam­ai memeriahka­n lagi karnival ini,” katanya.

Sehubungan itu, Ramdan turut mengajak golongan belia di kawasan terbabit mengambil peluang mendaftark­an diri sebagai ahli SABERKAS di kaunter pendaftara­n keahlian semasa karnival itu berlangsun­g.

Ketika ini katanya, SABERKAS Tanjong Datu mempunyai keahlian lebih 1,000 orang.

“Kita harap dengan membuka kaunter pendaftara­n keahlian pada dua hari ( 24 dan 25 Februari) tersebut, sekurang-kurangnya kita berjaya mengumpulk­an seramai 200 hingga 500 ahli baharu SABERKAS Cawangan Tanjong Datu,” ujar Ramdan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia