Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Tamu Desa Pujut 2 lengang tanpa sebarang aktiviti jual beli

-

MIRI: Pasar Tamu Desa Pujut 2 bernilai RM300,000 yang siap pada Oktober tahun lalu ternyata lengang tanpa sebarang aktiviti jual beli, bahkan dilabel sebagai satu lagi projek gajah putih di Miri.

Tinjauan Utusan Borneo di Pasar Tamu Desa Pujut 2 itu mendapati tiada seorang pun penjaja atau peniaga berniaga di situ.

Pasar tamu di Permyjaya yang berkeluasa­n 360 meter persegi itu mampu menampung 80 penjaja.

Bagaimanap­un, sejak dibuka secara rasmi pada Oktober, ia kurang mendapat sambutan sehingga memaksa penjaja menghentik­an perniagaan mereka di situ.

Beberapa orang awam yang sempat ditemui Utusan Borneo turut memberitah­u bahawa pasar berkenaan sudah tidak beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Lokasi pasar berkenaan yang terletak di belakang bangunan komersil dipercayai salah satu faktor ia kurang diketahui orang awam.

Kawasan tanah lapang luas dengan tempat parkir yang banyak di belakang bangunan komersil Desa Pujut 2 antara faktor ia dijadikan lokasi pasar tamu.

Pada masa sama, kurangnya promosi daripada pihak berkaitan juga antara faktor projek kerajaan itu gagal mencapai matlamatny­a dalam membantu penjaja.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada majlis perasmiann­ya tahun lalu mahu promosi dilakukan secara agresif untuk memperkena­lkan tamu berkenaan.

Menurutnya, promosi menerusi banting, poster dan sebagainya dapat membantu p e n d u d u k s e t e m p a t menyedari kewujudan pasar tamu di kawasan tempat tinggal mereka.

Bagaimanap­un, sehingga kini tiada pihak yang tampil termasuk kaunselor daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk mendedahka­n hala tuju tamu berkenaan.

 ??  ?? LENGANG: Pasar Tamu Desa Pujut 2 dilabel sebagai projek kerajaan yang gagal mencapai matlamatny­a iaitu membantu penjaja tempatan.
LENGANG: Pasar Tamu Desa Pujut 2 dilabel sebagai projek kerajaan yang gagal mencapai matlamatny­a iaitu membantu penjaja tempatan.
 ??  ?? CEGAH KEBAKARAN: Wilson (empat kiri) menyerahka­n alat pemadam api kepada wakil penduduk Uma Sambob sambil disaksikan Unjar (tiga kiri) dan yang lain.
CEGAH KEBAKARAN: Wilson (empat kiri) menyerahka­n alat pemadam api kepada wakil penduduk Uma Sambob sambil disaksikan Unjar (tiga kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia