Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas didakwa bunuh pembantu rumah Indonesia Berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia.

M. A. Ambika, 60, didakwa membunuh dengan menyebabka­n kematian Adelina Lisao, 28, di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2, di sini pada jam 4 petang, 10 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada warga emas berkenaan, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 April ini untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Media sebelum ini melaporkan Adelina, yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam pada badannya, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada jam 4.45 petang, 11 Februari lepas.

Di mahkamah sama, anak perempuan warga emas itu didakwa atas pertuduhan mengambil bekerja pembantu rumah berkenaan yang diketahuin­ya tidak mempunyai pas yang sah.

R.Jayavartin­y, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil kerja warganegar­a Indonesia, Adelina Liaso, yang diketahuin­ya tidak mempunyai pas yang sah di rumahya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2 di sini antara Mac 2017 hingga 10 Feb lalu.

Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 55 (B) ( 1) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hamzah yang turut mengendali­kan kes itu memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, peguam Muhaimin Hashim yang mewakili Jayavartin­y memohon mahkamah mengurangk­an wang jaminan kepada RM12,000 atas alasan anak guamnya mahu mencari wang bagi melantik peguam dan membebaska­n ibunya yang menghadapi tuduhan bunuh.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan kes itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: M.A. Ambika (dua kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam atas pertuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: M.A. Ambika (dua kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam atas pertuduhan membunuh seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia