Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekeluarga didakwa bekal susu bayi guna cap dagangan palsu

-

JOHOR BAHRU: Tiga sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membekalka­n susu rumusan bayi yang menggunaka­n cap dagangan palsu, tahun lepas.

Yap Kai Chai, 59, berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu satu kes bersama adik iparnya Ling Mei Nar, 42, dan dua kes bersama anak lelakinya, Yap Chang Hong, 26.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Kai Chai dan Ling, yang merupakan pekongsi perniagaan TCM Yongtai Lian, didakwa menawarkan pembekalan seunit susu rumusan bayi Enfalac A+ Step 1 (1.8) kilogram yang baginya suatu perihal dagangan palsu yang digunakan seolah- olah ia adalah cap dagangan yang berdaftar ‘Enfalac’.

Mereka didakwa berbuat demikian di premis kedai TCM Yongtai Lian di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini, Skudai, kira- kira 1 tengah hari pada 7 Dis tahun lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Kai Chai dan Chang Hong yang merupakan pekongsi perniagaan kedai ubat dan membeli belah Yong Thye Lian, didakwa melakukan perbuatan sama di premis kedai mereka di Jalan Bestari 4/ 2, Taman Nusa Bestari Skudai, kira-kira jam 2 petang hari yang sama.

Untuk kedua- dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 8 ( 2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 8 (2) (B) akta sama jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan dagangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, Kai Chai dan anak lelakinya itu didakwa berada dalam kawalan mereka untuk pembekalan 208 unit susu rumusan bayi di sebuah premis di Jalan Orkid 17, Taman Seri Orkid, pukul 4.40 petang, hari yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (2) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum dengan Seksyen 8 (2) (B) akta sama.

Hakim kemudian menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi proses representa­si.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Lydia Salleh manakala senua tertuduh diwakili peguam C S Lim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK TERLEPAS: Ling (tengah) dan Yap turut didakwa atas tuduhan membekalka­n susu rumusan bayi tiruan di Makhamah Sesyen Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama TIDAK TERLEPAS: Ling (tengah) dan Yap turut didakwa atas tuduhan membekalka­n susu rumusan bayi tiruan di Makhamah Sesyen Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia