Utusan Borneo (Sarawak)

Perairan Sabah dan Sarawak dijamin selamat

Bilangan anggota meningkat, TLDM dianggar mempunyai kira-kira 18,000 keanggotaa­n

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Perairan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak dijamin selamat dengan adanya peningkata­n bilangan anggota penjagaan keselamata­n berkaitan.

Pegawai Memerintah Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) Komander Mahamad Nazir Darus berkata, keadaan perairan negara kini terjaga.

“Saya berasakan perairan

Saya berasakan perairan termasuk di Sabah sekarang ini terjaga dan adalah selamat untuk pergi ke sana.

termasuk di Sabah sekarang ini terjaga dan adalah selamat untuk pergi ke sana.

“Tambahan kita ada pelbagai agensi termasuk ESSCom atau Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah, yang menjaga perairan di sana,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Hari Terbuka KLGS di Pelabuhan Pending di sini, semalam.

Beliau berkata sehingga kini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarka­n mempunyai lebih kurang 18,000 keanggotaa­n.

Namun katanya, apa yang penting juga bukan setakat kekuatan tenaga tetapi aset seperti kapal-kapal baharu masih diperlukan dalam menjaga keselamata­n di perairan negara.

“Kami perlukan kapal-kapal yang mampu beroperasi dan baharu kerana kapal-kapal sedia ada sudah tua selain kerja- kerja penyelengg­araan menelan kos yang amat tinggi.

“Maka amat perlu kapal baharu memandangk­an kos penyelengg­araan lebih rendah, sebagai contoh kapal ini (KLGS) yang baharu sahaja setahun sehingga kini belum ada sebarang masalah utama berlaku,” katanya.

KLGS yang hampir setahun beroperasi merupakan platform latihan terbaharu dalam armada TLDM dan turut merupakan kapal pertama yang dibina bagi memenuhi keperluan latihan di laut untuk warga TLDM.

Nazir memberitah­u, bagi mencapai visi mereka, TLDM dijangka menerima lima jenis kapal berkeboleh­an sepenuhnya untuk menjaga perairan negara dalam masa 15 tahun lagi.

Komander Mahamad Nazir Darus Pegawai Memerintah KLGS

 ??  ?? MAHAMAD NAZIR
MAHAMAD NAZIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia