Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan warga Kuching lawat Kapal Latihan Gagah Samudera

-

KUCHING: Ribuan warga Kuching berkunjung menyaksika­n dan melawat Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) iaitu aset baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam.

Berlabuh di Pelabuhan Pending sejak kelmarin (Selasa), ia dibuka kepada orang ramai semalam bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai lapisan masyarakat sudah mulai berada di atas kapal berbaris untuk melawat sekitar kapal, yang mempunyai kapasiti muatan 1,266 tan itu.

Antara yang tidak ketinggala­n mengadakan lawatan adalah kanakkanak prasekolah, pelatih dari Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan ramai lagi.

Pegawai Memerintah KLGS Komander Mahamad Nazir Darus berkata, hari terbuka kepada orang awam itu ternyata mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada warga Kuching.

“Kuching merupakan pers- inggahan kedua terakhir kami sebelum ke Bintulu pada Sabtu ini, yang mana kami juga akan mengadakan hari terbuka di sana.

“Tujuan hari terbuka sebegini adalah untuk mempromosi­kan TLDM kepada semua selain memberi pengalaman kepada mereka dan mendedahka­n tentang bagaimana kami bekerja dalam kapal ini.

“Kami juga mahu mendedahka­n bagaimana kehidupan dalam kapal dan berharap orang ramai menghargai kami yang bertugas di lautan, tiada orang nampak apa yang kami lakukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Terbuka KLGS.

Menurut beliau, KLGS sehingga kini telah melatih lebih kurang 400 hingga 500 pegawai, anggota dan lainlain pangkat TLDM selain telah belayar di merata tempat setelah hampir setahun beroperasi.

Dari segi jumlah kru kata Nazir, ia mempunyai seramai 45 kru dan mampu membawa 60 pelatih pada satu-satu masa bersama 10 jurulatih.

“Kapal latihan ini dilengkapi sistem kombat, radar, peralatan navigasi dan komunikasi.

“Kapal ini tugas utamanya untuk latihan di mana kami belayar membawa pelatih selain mengadakan latihan dengan kapal lain,” katanya.

Bagaimanap­un pada masa yang sama kapal itu juga melakukan rondaan di sekitar perairan.

 ??  ?? DEDAH:Pelatih PLKN didedahkan dengan peralatan disediakan di kapal latihan berkenaan.
DEDAH:Pelatih PLKN didedahkan dengan peralatan disediakan di kapal latihan berkenaan.
 ??  ?? HATI-HATI: Kanak-kanak prasekolah yang turut melawat KLGS dibantu kru kapal menuruni tangga kapal.
HATI-HATI: Kanak-kanak prasekolah yang turut melawat KLGS dibantu kru kapal menuruni tangga kapal.
 ??  ?? ASET: Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) iaitu aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) singgah di Pelabuhan Pending untuk dilawati orang awam.
ASET: Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) iaitu aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) singgah di Pelabuhan Pending untuk dilawati orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia