Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri maut kereta terbabas di Kulim

-

KULIM: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tebing bukit di Jalan Kulim-Serdang berhampira­n simpang Politeknik Sultanah Bahiyah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu Mohamad Iddrus Samsudin, 62, dan Halimah Mat Piah, 63, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar ketika mengesahka­n kejadian itu berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu Mohamad Iddrus dalam perjalanan dari arah Lebuh Perdana ke Jalan Kulim-Serdang apabila terbabas di lokasi kejadian.

“Kedua- dua mangsa tersepit dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, anak kedua mangsa Mohamad Azree, 35, berkata ibu bapanya yang menetap di Rawang, Selangor adalah dalam perjalanan untuk melawatnya yang tinggal di Bandar Baharu.

Namun, katanya, hajat mereka tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan itu. — Bernama MELAKA: Sejak penubuhan Unit Bahagian Counter Terrorism Kontinjen Melaka pada Mei 2016 sehingga kini, seramai lapan individu yang tinggal di negeri ini telah ditahan kerana dikenal pasti terlibat dalam kegiatan militan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata tangkapan terbaharu melibatkan dua lelaki masing-masing warga asing dan tempatan pada Disember tahun lepas dan Januari 2018 kerana dikesan merancang serangan di pusat hiburan di ibu negara dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Tangkapan berkenaan menunjukka­n satu indikator yang sangat serius dan memerlukan pemantauan rapi secara berterusan dalam usaha mematah dan merencatka­n penularan fahaman ekstremism­e yang dilihat umpama virus atau wabak dalam kalangan masyarakat.

“Jika dahulu jumlah penyokong Jemaah Islamiah yang ditahan dalam tempoh KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa menawarkan tiket penerbanga­n palsu kepada seorang pensyarah dengan tawaran RM10,500.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt 10 tahun hanya kira-kira 300 orang sahaja tetapi keadaan semakin membimbang­kan kerana lebih 300 penyokong Daesh ditahan dalam tempoh empat tahun kebelakang­an,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

Sehubungan itu, Abdul Jalil berkata semua anggota digesa sentiasa berhati-hati serta tanamkan perasaan curiga terhadap persekitar­an sekeliling dalam usaha untuk memastikan keselamata­n petugas, senjata api dan balai sentiasa berada pada tahap maksimum.

Beliau berkata selain aspek keselamata­n, anggota polis khususnya daripada Jabatan Cawangan Khas perlu arif dengan pelbagai aplikasi atau teknologi termasuk media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram yang digunakan kumpulan pengganas tersebut sebagai medium untuk menyebarka­n ajaran yang kononnya ditafsirka­n sebagai ‘jihad suci’. — Bernama Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berumur 27 tahun itu telah ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

“Mangsa, 43, sebelum itu dilaporkan telah tertarik dengan tiket jualan murah ke Eropah yang diiklankan oleh suspek melalui media sosial pada 1 Feb lepas.

“Selepas itu, pengadu yang bekerja sebagai pensyarah dan menetap di Pekan menempah tiket penerbanga­n untuk tu- juh individu ke Manchester.

“Dia kemudian telah melakukan transaksi pemindahan wang sebanyak RM10,500 ke dalam akaun suspek,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia