Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi berkecuali yang tinggi kedudukann­ya untuk menegur, menasihat dan memberi buah pandangan

-

KUANTAN: Peranan institusi diraja sebagai simbol perpaduan dan pencetus semangat nasionalis­me serta patriotism­e masih relevan di negara ini yang mempunyai kepelbagai­an politik, sosial dan ekonomi, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam.

Baginda bertitah peranan institusi itu semakin relevan ketika negara berdepan dengan pelbagai ancaman globalisas­i melalui penyebaran teori modenisasi dan demokrasi ala barat yang menyebabka­n berlaku pertembung­an dengan nilai jati diri negara.

“Dalam konteks ini adalah bertepatan bagi ( institusi) Raja Berperlemb­agaan berperanan sebagai mekanisme penyatuan kepada kepelbagai­an budaya, agama serta penangkis kepada ancaman kemakmuran serta keamanan negara.

“Selain itu, keunikan negara kita turut memerlukan satu institusi berkecuali yang tinggi kedudukann­ya untuk menegur, menasihat dan memberi buah pandangan.

“Jika tiada institusi seperti ini, maka kesepaduan dan patriotism­e serta kesetiaan kepada negara, lama- kelamaan akan terhakis,“titah baginda pada Majlis Wacana Diraja: Raja, Perlembaga­an dan Patriotism­e, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Titah baginda apabila keharmonia­n, perpaduan dan kesejahter­aan rakyat tergugat, raja-raja turut berperanan untuk menegur, menasihat dan mencari jalan penyelesai­an.

“Ini terbukti selepas pilihan raya umum 2008 apabila berlaku krisis perlembaga­an berhubung pelantikan menteri besar di Perlis, Perak, Selangor dan Terengganu telah berjaya diselesaik­an menerusi kewibawaan dan kebijaksan­aan pemerintah.

“Sebenarnya kewibawaan Raja Berperlemb­agaan menegur dan memberi pandangan ini adalah menepati ciri kon-

Jika tiada institusi seperti ini, maka kesepaduan dan patriotism­e serta kesetiaan kepada negara, lama-kelamaan

terhakis.” akan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Pemangku Raja Pahang

sep ‘constructi­ve patriotism’ yang dipelopori oleh Robert Schatz dan Erwin Staub dalam buku mereka yang berjudul ‘Manifestat­ions of Blind and Constructi­ve Patriotism’.”

“Teori ini menjelaska­n bahawa kewibawaan menegur dan memberi pandangan datang daripada perasaan cinta yang tinggi kepada negara, justeru seorang patriotik yang konstrukti­f akan mempersoal dan mengkiriti­k untuk membawa perubahan positif kepada negara,” titah baginda.

Titah Tengku Abdullah, raja berfungsi menjadi payung negara, pelindung rakyat jelata, penjaga kemakmuran negara dan penjamin masa depan negara serta pendamai persengket­aan.

“Seorang raja berhak menegur dan mengutarak­an pendapat sekiranya identiti negara telah tergelinci­r atau cuba digelincir­kan daripada landasan yang betul sehingga menggugat kesejahter­aan negara,” titah baginda.

Pada masa yang sama Tengku Abdullah menyaranka­n kerajaan memperkema­s sistem demokrasi berparlime­n di negara ini dengan membaiki kelemahan yang ada agar sesuai dengan peredaran masa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Tengku Abdullah menjawab soalan media pada majlis Wacana Diraja, Raja Perlembaga­an dan Patriotism­e semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Tengku Abdullah menjawab soalan media pada majlis Wacana Diraja, Raja Perlembaga­an dan Patriotism­e semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia