Utusan Borneo (Sarawak)

JLKN nafi program latihan khidmat negara seperti ‘kem percutian’

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN) menyangkal kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) yang mendakwa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti ‘kem percutian’ dan gagal melahirkan belia patriotik.

Ketua Pengarah JLKN Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya sudah melaksanak­an Makmal Transforma­si PLKN pada 2015 bagi mendapatka­n pandangan daripada pihak berkepenti­ngan berhubung transforma­si terhadap program berkenaan.

“Kita mendapatka­n pelbagai pandangan antaranya daripada agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemain industri, golongan muda, operator kem, alumni dan ju- rulatih PLKN serta golongan ibu bapa.

“Bagaimanap­un, sekiranya pihak Patriot ada cadangan untuk menambah baik program ini, kita sedia menyemak cadangan mereka tetapi setakat ini program dilaksanak­an menunjukka­n keberhasil­an melahirkan golongan belia yang cintakan negara dan berkemahir­an tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Pada 14 Feb lepas, anggota Patriot Mejar (B) Ismail Jr Feisol dilaporkan berkata kem PLKN dikendalik­an seperti kem percutian oleh jurulatih yang dipersoalk­an semangat cintakan negara.

Justeru, beliau berkata pihaknya bakal menganjurk­an Bengkel Kepimpinan Belia dan Patriotism­e untuk belia dan akan dikendalik­an bekas pegawai polis dan tentera.

Sementara itu, Pengerusi Briged Sukarelawa­n Khidmat Negara (BSKN) Mohamad Nazrin Faiz Che Abd Aziz berkata PLKN 2.0 telah memperkasa­kan jati diri belia yang menyertain­ya.

“Program ini membentuk keyakinan dan semangat patriotism­e dalam kalangan peserta. Ia juga menjadi nilai tambah kepada peserta untuk berkomunik­asi di khalayak ramai.

“Melalui PLKN, kita dapat lihat keakraban, kerjasama dan interaksi antara peserta yang berbilang kaum bagaikan satu keluarga besar. Di samping itu, PLKN turut menyediaka­n platform membina kerjaya terutamany­a melibatkan sektor tenaga mahir kepada pesertanya,” kata beliau.

Sementara itu, pelatih Kem Segari, Perak kumpulan 3 siri 6/2009, Cecilia Raj Selvaraj berkata setelah menyertai PLKN, beliau kini lebih bersikap terbuka terhadap bangsa lain dan ia juga mengajarny­a erti cintakan negara.

“Jika sebelum ini, saya hanya bergaul dengan bangsa saya sahaja, tetapi selepas menyertai PLKN, saya turut memahami bukan setakat cara bangsa lain tetapi juga mengajar saya mengenali agama yang dianuti rakan saya. Ia merupakan program yang perlu diteruskan bagi mendidik golongan belia,” katanya

Ketika ditanya sama ada program berkenaan perlu dijalankan seperti kem tentera, Cecilia berkata modul yang disediakan dalam PLKN memadai untuk mendisipli­nkan peserta program berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia