Utusan Borneo (Sarawak)

95 peratus pelajar PERMATA pilih bidang STEM

-

BANGI: Kira-kira 95 peratus daripada 579 lepasan Pusat PERMATApin­tar memilih untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Pengarah Pusat PERMATApin­tar Negara Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak berkata menghasilk­an para saintis merupakan visi utama Pusat PERMATApin­tar lebih-lebih lagi dengan cabaran Revolusi Industri 4.0.

Menurutnya, sebahagian besar lepasan Pusat PERMATApin­tar Negara kini sedang melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana muda di dalam dan luar negara, sembilan orang sedang mengikuti program sarjana manakala 11 lagi sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah.

“PERMATApin­tar tidak pernah ketepikan sains sosial sebab ada pelajar yang minat dalam bidang arkitek dan undang-undang. Jadi apa yang PERMATApin­tar lakukan ialah didik para pelajar berkenaan untuk menjadi seorang saintis tidak kira sama ada minatnya dalam STEM atau tidak.

“Jika bidang yang dipilih bukan STEM sekalipun, pelajar berkenaan boleh berfikir dan membuat keputusan secara sistematik selain membuat kenyataan bersifat hipotetika­l,” katanya kepada pemberita pada Hari Kerjaya 2018 di Pusat PERMATApin­tar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Mengenai Hari Kerjaya itu, Noriah berkata penganjura­n yang memasuki tahun keem- pat itu adalah untuk memberi pendedahan berkaitan peluang melanjutka­n pengajian dalam bidang yang bersesuaia­n dengan minat pelajar serta prospek kerjaya.

Sebanyak lapan penaja pen- didikan termasuk Yayasan Tenaga Nasional, Petronas dan Sime Darby menyertai Hari Kerjaya kali ini.

Program PERMATApin­tar Negara dilancarka­n pada Mac 2009 dengan UKM dipilih sebagai agensi pelaksana. Program PERMATA merupakan cetusan idea isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung PERMATA. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Dr Noriah (kiri) beramah mesra bersama para pelajar PERMATA pintar selepas merasmikan Hari Kerjaya 2018 di Pusat PERMATApin­tar di Bangi semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Dr Noriah (kiri) beramah mesra bersama para pelajar PERMATA pintar selepas merasmikan Hari Kerjaya 2018 di Pusat PERMATApin­tar di Bangi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia