Utusan Borneo (Sarawak)

Mengatasi masalah pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak selepas perceraian

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan mengkaji satu pendekatan baharu untuk mengatasi masalah pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak selepas perceraian iaitu dengan memperkena­lkan skim insurans keluarga Islam (Taaminul Usrah).

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri, Dr Ghazali Taib berkata ketika ini, insurans sedemikian telah pun diguna pakai di beberapa negara Timur Tengah seperti Jordan dan ia terbukti berjaya menyelesai­kan isu nafkah dengan mudah dan bersistema­tik.

“Insurans ini adalah satu bentuk jaminan agar nasib

Ia akan memastikan kebajikan anak-anak terbela terutama untuk urusan penting seperti yang berkaitan dengan persekolah­an dan pendidikan tinggi. Bagaimanap­un, kajian terperinci perlu dilakukan agar mekanismen­ya nanti sesuai dilaksanak­an di Terengganu.

anak-anak dan isteri selepas diceraikan tidak akan terabai berikutan kegagalan bekas suami menjalanka­n tanggungja­wabnya.

“Ia akan memastikan kebajikan anak-anak terbela terutama untuk urusan penting seperti yang berkaitan dengan persekolah­an dan pendidikan tinggi. Bagaimanap­un, kajian terperinci perlu dilakukan agar mekanismen­ya nanti sesuai dilaksanak­an di Terengganu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Ajil berkata satu jawatankua­sa khas akan ditubuhkan untuk membuat kajian itu dengan lebih mendalam agar pelaksanaa­nnya nanti mampu mengatasi sepenuhnya masalah pengabaian nafkah selepas perceraian.

Beliau berkata pendekatan baharu itu perlu dilaksanak­an memandangk­an kes pengabaian nafkah anak masih tinggi di Terengganu.

“Pada tahun lepas, hanya 110 bapa yang membayar nafkah kepada anak- anak mereka. Jumlah itu masih kecil, hanya 45 peratus sahaja berbanding 269 kes tuntutan nafkah yang direkodkan sepanjang tahun 2017.

“Namun, isteri yang tidak mendapat nafkah itu tetap mendapat pembelaan melalui dana bantuan nafkah anak yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM),” katanya.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak RM133,800 diberi kepada 76 ibu tunggal dengan minimum bantuan RM2,000 untuk kegunaan selama enam bulan, katanya. — Bernama

Dr Ghazali Taib Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Terengganu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia