Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna diminta patuhi had laju dekat Plaza Tol

-

SHAH ALAM: Pengguna jalan raya yang melalui Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini dinasihatk­an supaya mematuhi papan tanda amaran had laju dengan memperlaha­n kenderaan masingmasi­ng ketika menghampir­i kawasan plaza tol.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad Datuk Azman Ismail berkata papan tanda amaran seperti had kelajuan kenderaan, dilarang memotong, lencongan di hadapan dan sebagainya disediakan untuk memberi peringatan kepada kira-kira 150,000 pemandu yang melalui kawasan itu setiap hari.

“Selain itu, PLUS turut meletakkan kon-kon keselamata­n berpelekat pemantul cahaya di lokasi untuk membolehka­n pemandu mengetahui kedudukan lorong.

“Lampu-lampu jalan turut dinyalakan pada waktu malam untuk membantu orang ramai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kerja-kerja pengurusan trafik dan penutupan lorong di Plaza Tol Batu Tiga bermula kelmarin manakala di Plaza Tol Sungai Rasau, ia bermula malam tadi seperti yang dijadualka­n.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh meminta pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya ketika mendekati plaza tol berkenaan dengan mengurangk­an kelajuan kenderaan sehingga 30 kilometer sejam.

Struktur Plaza Tol Batu Tiga, yang operasi kutipan tolnya dibatalkan bermula 1 Jan lepas, mendapat perhatian orang ramai apabila ia meragut empat nyawa pengguna jalan raya dalam tempoh dua bulan tahun ini.

Dalam kes terbaharu pada Isnin lepas, dua sahabat menjadi mangsa korban struktur fizikal plaza tol itu apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan merempuh tembok tol dalam kejadian jam 12.55 pagi.

Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat pada 15 Jan lepas. Kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dimansuhka­n bermula 1 Jan lepas susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentang­an Bajet 2018 pada Oktober 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia