Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Jaringan Messi berikan kelebihan buat Barcelona Chelsea harus menjaringk­an gol di Nou Camp pada aksi kedua jika mahu melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara Juara

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berasa kecewa kerana satu kesilapan membolehka­n Lionel Messi mendapatka­n kelebihan untuk Barcelona dari perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara ekoran keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge Selasa lepas.

Messi menjaringk­an gol buat kali pertama dari sembilan perlawanan menentang Chelsea pada 15 minit terakhir permainan selepas Andres Iniesta memintas hantaran lemah Andreas Christense­n sebelum mengumpan bola kepada Messi.

Willian membuka jaringan buat Chelsea selepas satu cubaan dalam separuh masa pertama terkena palang.

Chelsea sekarang harus menjaringk­an gol apabila bertandang ke Nou Camp untuk perlawanan kedua, 14 Mac depan sekiranya mahu mengintai peluang ke peringkat suku akhir.

“Menentang lawan seperti ini, pemain seperti Messi, (Luis) Suarez, Iniesta, jika anda melakukan kesilapan, anda menerima padah,” kata Conte.

“Ada sedikit kekecewaan di sini tetapi dalam masa yang sama, perlawanan ini memberikan kami banyak keyakinan untuk percaya bahawa saingan masih terbuka pada perlawanan kedua

Menentang lawan seperti ini, pemain seperti Messi, (Luis) Suarez, Iniesta, jika anda melakukan kesilapan, anda menerima padah. Antonio Conte Pengurus Chelsea

nanti.”

Sembilan tahun selepas berganding­an untuk menjaringk­an gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir di Stamford Bridge yang membawa awa Barca ke final, Iniesta esta dan Messi bertukar tukar peranan kali li ini dengan Iniesta iesta mengumpan n bola kepada Messi si untuk melakukan kukan penyudah.

“Kami gaga gagal l mencipta peluang eluang t e r b a i k walaupun menguasai permainan. Pada a akhirnya, ia adalah d l h dari satu kesilapan mereka dan kami mengambil sepenuh peluang,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

Conte mencipta kejutan sebelum sepak mula perlawanan dengan tidak menyenarai­kan Olivier Giroud dan Alvaro Morata dalam kesebelasa­n utama dan Eden Hazard sebaliknya mengetuai serangan Chelsea. Dan Hazard memberikan amaran pertama kepada Barca apabila rembatanny­a sedikit tinggi seawal minit kelima. Chelsea sentiasa cuba m mengawal Messi dengan d tiga atau em empat pemain tetapi b beliau berjaya men mencuri ruang untuk m melakukan umpana umpanan kepada Paulin Paulinho tetapi sedikit tinggi tin untuk p peluang terbaik Barca dalam separuh masa per pertama. B Barca kemudian menguasai permainan tetapi kurang kreativiti pada penyudah akhir selain bernasib baik untuk mengelak pintu gol dibolosi sebelum rehat. Willian menjaringk­an dua gol dari luar kotak penalti ketika menentang Hull City dalam aksi Piala FA Jumaat lalu dan satu rembatan beliau sedikit tersasar.

Barca mengelak pintu gol mereka dibolosi dalam enam dari tujuh perlawanan Liga JuaraJuara tetapi sekali lagi mereka bernasib baik empat minit sebelum rehat apabila rembatan Willian dari luar kotak penalti, terkena palang.

“Willian boleh menjaringk­an hatrik tetapi kami menamatkan permainan dengan rasa sedih kerana kami beraksi dengan baik tetapi keputusan tidak menggembir­akan,” kata pemain tengah Chelsea, yang juga bekas pemain Barca, Cesc Fabregas.

“Kami harus pergi ke sana dan menjaringk­an gol kerana 90 minit pertama di Nou Camp satu tempoh yang lama, ia misi bunuh diri. Kami harus bermain mengikut pelan perm a i n a n k a m i . ” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL PENTING: Messi (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Alba pada perlawanan di Stamford Bridge, London pada Selasa lepas.
— Gambar AFP GOL PENTING: Messi (kiri) meraikan jaringanny­a bersama Alba pada perlawanan di Stamford Bridge, London pada Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia