Utusan Borneo (Sarawak)

Aaliyah Yoong Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2017

-

KUALA LUMPUR: Atlet muda Aaliyah Yoong Hanifah dipilih oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan (SAM) sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM100PLUS 2017.

Pemilihann­ya adalag berdasarka­n aksi yang konsisten dalam setiap pertanding­an yang disertai atlet luncur air berusia 14 tahun itu sepanjang tahun lepas.

Naib Presiden SAM Izahar Atan berkata Aaliyah Yoong, 14, tidak pernah mengecewak­an dalam setiap penampilan­nya baik di kejohanan tempatan mahupun antarabang­sa.

“Pada pendapat saya, beliau adalah atlet yang paling layak dinobatkan anugerah atlet muda terbaik pada kali ini atas pencapaian yang sungguh memberangs­angkan sepanjang 2017,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Baru-baru ini, atlet ski air itu yang juga pemenang tiga pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, berjaya menempatka­n dirinya di kedudukan kedua dalam ranking dunia bagi acara tricks kategori bawah 17 tahun dan kelima secara keseluruha­n.

Sepanjang tahun lepas, selain meraih tiga pingat emas dan satu perak di Sukan SEA, pelajar Sekolah Antarabang­sa Nexus, Putrajaya itu turut melakar pencapaian cemerlang dalam pertanding­an peringkat antarabang­sa yang lain.

Antara pencapaian besar yang diraih Aaliyah Yoong ialah mengunggul­i acara tricks dalam Kejohanan Asia Oceania IWWF di Auckland, New Zealand dan juga berada di kedudukan ketiga dalam Kejuaraan Remaja Moomba Masters.

Anugerah yang sama pernah dimenangi penerjun negara Nur Dhabitah Sabri pada 2017 susulan prestasi cemerlang khususnya ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, tahun lepas.

SAM akan memberikan pengiktira­fan kepada seluruh warga sukan negara menerusi penganjura­n Anugerah SAM-100 PLUS 2017 pada 1 Mac ini di Petaling Jaya.

Majlis anugerah berkenaan juga bakal memberi pengiktira­fan kepada warga kewartawan­an sukan negara menerusi tujuh kategori anugerah yang dipertandi­ngkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia