Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Delrey Beach dengan menewaskna­n pemain dari Jepun itu 6-1 dan 7-5

-

DELRAY BEACH, Amerika Syarikat (AS): Bekas pemain nombor tiga dunia, Milos Raonic, memulakan tahun 2018 dengan memberangs­angkan apabila menewaskan Taro Daniel 6- 1 dan 7- 5 pada perlawanan pusingan pertama kejohanan Terbuka Delray Beach di sini Selasa lepas.

Raonic berada pada ranking ke-32 dunia, jauh berbeza dari tahun lepas apabila beliau tiba di Delray Beach pada ranking keempat dunia.

Kecederaan menjejaska­n penampilan Raonic pada 2017 dan ini adalah kemenangan kedua peringkat ATP dalam tempoh enam bulan.

Dan kemenangan mudah ke atas pemain dari Jepun itu adalah satu petanda hari- hari yang lebih di hadapan buat Raonic ketika beliau memburu kejuaraan kesembilan dalam kerjayanya.

“Ia sesuatu yang menarik untuk dapat me- nang hari ini dan ia memberikan saya banyak perkara di mana saya boleh melakukan yang lebih baik esok,” kata pemain yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan.

“Saya harus terus membina setiap hari dan meningkatk­an lagi prestasi saya dengan cuba mencipta seberapa banyak kemenangan yang saya mampu. Ia adalah apa yang paling penting.”

Raonic juga mempunyai misi yang belum dicapai di Delray Beach. Beliau melangkah ke final tahun lepas tetapi terpaksa menarik diri ketika menentang pemain tuan rumah, Jack Sock kerana kecederaan.

Beliau diramalkan bertemu Sock di separuh akhir jika memenangi dua lagi perlawanan seterusnya.

Raonic melakukan sembilan pukulan servis kencang dan mengutip 85 peratus mata dari pukulan servis pertama.

Di pusingan kedua, beliau akan bertemu pemain tuan rumah, Steve Johnson, yang menewaskan Nikoloz Basilashvi­li dari Georgia 6-3 dan 6-4.

Pada perlawanan lain, Denis Shapovalov dari Kanada menamatkan cabaran Ivo Karlovic 7- 5 dan 7- 6( 6/ 4) sementara pilihan keenam yang juga seorang lagi pemain tuan rumah, John Isner, menewaskan Radu Albot dari Moldova 5-7, 6-3 dan 6-4.

Isner akan bertemu Peter Gojowczyk di pusingan kedua selepas menewaskan Lukas Lacko. — AFP

 ??  ?? RAONIC
RAONIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia