Utusan Borneo (Sarawak)

FAS jangan berkomprom­i: Abdul Karim

Pengurusan bola sepak negeri diminta selidik jika ada pemain berurusan, mempunyai unsur ‘hubungan’ dengan ‘bookie’

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diingat tidak berkomprom­i dengan mana-mana pemain yang didapati berurusan atau mempunyai unsur ‘hubungan’ dengan ‘bookie’, dengan menyingkir­kan mereka daripada pasukan negeri.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, memang asas keadilan ialah seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah dan mana- mana pendakwaan memerlukan bukti yang benar-benar kukuh.

Bagaimanap­un, Abdul Karim berkata: “Kita akan menyelidik kes pendakwaan serta kertas siasatan untuk melihat sekiranya terdapat unsur hubungan antara pemain dan ‘bookie’ yang dikesan tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas, yang tidak dapat dibawa ke mahkamah.

“Jika ada, rasanya lebih baik pemain- pemain ini tidak bersama kita,” katanya ketika ditemui sempena majlis perasmian Kongres Seni Sarawak 2018 yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sebuah hotel di sini, semalam.

Pagi semalam, Mahkamah Majistret Kuching membebaska­n dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) dua pemain FAS dan seorang lelaki dipercayai ‘ bookie’ yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.

Mereka direman sejak 15 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan mengatur perlawanan ketika Sarawak menentang FELCRA FC pada 10 Februari lepas yang menyaksika­n Sarawak tumpas 2- 3, walaupun sudah mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama.

Sementara itu, Abdul Karim turut mengingatk­an FAS agar terus fokus dalam mengharung­i perlawanan seterusnya bagi memastikan pasukan Sarawak terus mencabar dalam liga.

“Ramai ingin lihat pasukan negeri terus maju, bukannya merudum... ini baharu tiga perlawanan kita dah jadi begini. Pemain harus ingat, mereka adalah duta kecil kepada negeri,” katanya.

Ditanya sama ada masalah berkaitan gaji dan pemberian ganjaran menjadi antara kemungkina­n punca pemain ‘menjual’ perlawanan, Abdul Karim berkata setakat ini beliau tidak mendengar perkara mengenai gaji mahupun ganjaran menjadi isu dalam pasukan negeri.

Sebaliknya, beliau menyi- fatkan soal ‘menjual’ perlawanan adalah berkaitan dengan niat, walaupun sebanyak mana gaji atau ganjaran diberikan.

“Sekiranya mereka berniat

Kita akan menyelidik kes pendakwaan serta kertas siasatan untuk melihat sekiranya terdapat unsur hubungan antara pemain dan ‘bookie’ yang dikesan tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas, yang tidak dapat dibawa ke mahkamah. Jika ada, rasanya lebih baik pemain-pemain ini tidak bersama kita. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan

jahat, ingin membolot segalanya sebanyak mungkin, mereka tetap akan menjual perlawanan walaupun diberikan gaji atau ganjaran yang tinggi,” katanya.

 ??  ?? TEGAS: Abdul Karim (dua kanan) semasa mengiringi Abang Johari melawat pameran di Kongres Seni Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
TEGAS: Abdul Karim (dua kanan) semasa mengiringi Abang Johari melawat pameran di Kongres Seni Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia