Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: Keputusan serap semula tiga sukan di Perak disambut baik

-

SIBU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menyambut baik keputusan mempertand­ingkan semula tiga jenis sukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak tahun ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tiga sukan teras tersebut iaitu taekwondo, sepak takraw dan angkat berat tidak sepatutnya digugurkan secara tiba-tiba kerana ia tidak sihat kepada sukan negara.

“Ini tidak adil terutama kepada para atlet yang telah menjalani latihan dan persediaan untuk sukan ini sejak dua tahun lalu, kemudian diberitahu bahawa sukan ini telah digugurkan.

“Jadi, kita sangat gembira melihat tiga sukan itu iaitu taekwondo, sepak takraw dan angkat berat dipertandi­ngkan semula di SUKMA Perak pada tahun ini,” ujarnya kepada pemberita, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail bahawa Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA telah memutuskan untuk mempertand­ingkan semula sepak takraw, taekwondo dan angkat berat di SUKMA Perak, yang dijadualka­n pada September tahun ini.

Ahmad Shapawi dilaporkan berkata, keputusan itu diper- setujui sebulat suara pada mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Kuala Lumpur.

Menurut Abdul Karim lagi, beliau berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan kerana telah mempertand­ingkan semula tiga sukan tersebut, yang pasti menggembir­akan semua pihak.

“Kami berharap para pegawai sukan di Putrajaya yang mengawasi sukan ini dan juga sukan lain tidak memberi ‘nasihat’ yang salah kepada menteri dalam memastikan sukan dan pembanguna­nnya tidak terjejas akibat ‘nasihat’ mereka yang tidak rasional,” ujar beliau.

Disember lalu, Khairy mengumumka­n angkat berat, sepak takraw dan taekwondo telah digugurkan sebagai sukan teras kerana prestasi buruk atau tidak menunjukka­n peningkata­n.

Khairy dipetik berkata keputusan itu dibuat selepas kementeria­n dan Majlis Sukan Negara menjalanka­n semakan termasuk kajian mendalam mengenai persembaha­n tiga sukan itu sejak 2007.

Beliau juga dilaporkan berkata, prestasi merosot selain banyak masalah disiplin seperti atlet yang gagal ujian doping adalah sebab utama angkat berat digugurkan, manakala sepak takraw dan taekwondo digugurkan kerana tidak menunjukka­n peningkata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia