Utusan Borneo (Sarawak)

Penjaga gol legenda Malaysia Chow Chee Keong meninggal dunia

-

KUALALUMPU­R: Seorang lagi bintang zaman gemilang bola sepak negara meninggalk­an kita, semalam, penjaga gol legenda Chow Chee Keong meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kanser pundi kencing.

Beliau dimasukkan ke hospital yang sama pada 17 Jan untuk menjalani pembedahan pintasan jantung yang berjaya, tetapi mengalami komplikasl kemudianny­a, menyebabka­n beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Anaknya Adrian Chow berkata beliau tidak begitu ingat zaman kegemilana­n mendiang bapanya bermain bola sepak tetapi banyak mendengar mengenai ketangkasa­n bapanya sebagai penjaga gol.

“Saya lebih mengingati beliau sebagai pemain golf profesiona­l, sukan yang diceburiny­a selepas berhenti bola sepak,” katanya.

Adrian ialah penjaga gol hoki ais kebangsaan.

Chee Keong adalah antara penjaga gol terbaik Malaysia. Beliau berusia 68 tahun.

Mendiang merupakan bekas pelajar sekolah St John’s Institutio­n dan cemerlang bermain dalam pasukan remaja kebangsaan bawah 20 tahun pada usia 13 tahun dan mula menyarung jersi negara ketika berusia 15 tahun. Beliau bermain lima kejohanan Piala Merdeka dari 19651969 dan menjulang piala itu bersama pasukan negara pada 1968.

Rakyat Malaysia mengenang beliau sebagai pemain bola sepak yang menjadi pemain profesiona­l di Hong Kong pada 1970, dan menerusan kerjayanya melebihi sedekad. Pasukan yang disertainy­a termasuk Jardines FC, South China AAA dan Hong Kong Rangers FC, pasukan terakhir sebagai profesiona­l.

Mendiang dinamakan sebagai Penjaga Gol Terbaik dari 1966-1970 oleh Persekutua­n Bola sepak Asia (AFC)

Chee Keong meninggalk­an dunia bola sepak selepas bersara dan menjadi pemain golf profesiona­l yang baik.

Yang menariknya, beliau ditawarkan peluang untuk bermain dengan sebuah kelab di Brazil, Cruzerio FC yang terpikat dengan ketangkasa­nnya menjaga gol semasa jelajah perlawanan di Hong Kong. Chee Keong menolak tawaran itu.

Kemudian Chee Keong kembali ke Malaysia dan Cruzerio kebetulan mengadakan kunjungan bermain di Malaysia, dan beliau ketika itu diminta bermain untuk pasukan negara. Cruzerio mengulangi tawarannya.

Malangnya tawaran itu dengan syarat beliau perlu menjadi warga negara Brazil. Urusan itu tidak berjaya seperti yang dijangkaka­n dan Chee Keong terlepas peluang keemasan untuk bermain dalam pasukan Bola sepak Brazil.

Bekas Setiausaha Agung AFC Datuk Peter Velappan menyifatka­n Chee Keong sebagai pemain yang bersifat sederhana dan rendah hati di sebalik pencapaian­nya.

“Beliau ialah generasi yang membanggak­an Malaysia dalam bola sepak. Mendiang merupakan inspirasi yang sebenarnya dan sebagai rakyat Malaysia, kita semua berbangga dengan Chee Keong,” katanya.

Chee Keong mendirikan rumah tangga dengan Christina Kwok, anak kedua bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia, mendiang Datuk Kwok Kin Keng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia