Utusan Borneo (Sarawak)

Issey juara minggu kelima Arena Bintang Bersama Bintang

-

“Kalau dengan aku, tak pernah tak menang Sey!” BEGITULAH seloroh Azmi Caliph Buskers ketika berbicara mengenai penglibata­nnya dalam Arena Bintang Bersama Bintang (Arena BBB) pada malam Ahad lepas apabila tuah menyebelah­i Issey dan dinobatkan sebagai Juara minggu kelima Arena BBB.

Issey tampil dalam persembaha­n kedua dengan membawakan Naib Juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32), Azmi Caliph Buskers sebagai pasanganny­a. Tanpa disangka-sangka, Azmi merupakan seorang yang pandai berjenaka.

Pada awalnya Azmi agak gemuruh kerana ini merupakan sesuatu yang baru baginya namun dia dilihat begitu bersahaja menyampaik­an bait-bait dialog sketsa mereka. Menyanyika­n lagu ‘Keramat’ nyanyian asal Rhoma Irama, duo ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di studio.

Setelah berehat panjang bagi memberi laluan kepada siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-32, Arena Bintang Bersama Bintang kembali dengan persediaan peserta yang lebih rapi dan bersungguh-sungguh.

Jarak masa selama dua minggu ternyata membuahkan hasil yang cemerlang dan berkualiti buat persembaha­n semua peserta.

Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018, jam 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Pada malam itu, Arena BBB membawakan beberapa nama besar dalam industri seni negara sebagai pasangan kepada para peserta.

Antaranya adalah Ropie, Elly Mazlein, Ismail Izzani, Zulin Aziz, Joey Daud dan Azmi Caliph Buskers. Manakala juri jemputan pada minggu kelima ini adalah pengacara baharu Melodi, Janna Nick.

Persembaha­n pertama dimulakan oleh Mark Adam dan gandingann­ya Joey Daud.

Menceritak­an kisah dua beranak yang tinggal berjauhan, si anak belajar di luar negara namun lupa diri dan asal usulnya.

Walaupun sketsa mereka mencuit hati, namun mesej yang disampaika­n cukup bermakna buat penonton di studio mahu pun di rumah.

Saban minggu, Achey sentiasa mempunyai idea menarik untuk dipersemba­hkan dalam sketsanya.

Berkaitan gaya hidup remaja masa kini, Ismail Izani sebagai ‘sidekick’ Achey memberikan komit- men 100 peratus dalam persembaha­n mereka.

Walaupun berbeza latar belakang kerjaya, kedua-dua mereka berjaya meraih perhatian dan gelak tawa penonton.

Seterusnya persembaha­n daripada Abam dan selebriti jemputanny­a, Zulin Aziz membawa sketsa mengenai tanggungja­wab sebagai penyewa rumah yang tidak mampu untuk membayar sewa dan pengotor. Keletah Abam dan Zulin membuatkan suasana di studio riuh rendah dengan gelak tawa.

Dari dulu hingga kini, filem ‘Azura’ lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud, sentiasa mendapat tempat di hati peminat filem klasik tempatan.

Shuk dan Elly Mazlein melakonkan semula dalam kreativiti mereka serta menyanyika­n lagu hit, ‘Perawan atau Janda’ oleh Cita Citata.

Menutup tirai Arena BBB pada malam itu adalah Ajak dan Ropie yang cuba membawa kelainan dalam persembaha­n mereka.

Sketsa mengenai seorang alim yang cuba mengajak jiran ke masjid bagi menunaikan solat namun kerap ditolak. Duo ini menyanyika­n lagu nyanyian asal Medina, ‘Dunia Sementara Akhirat Selamanya’.

Tiada penyingkir­an dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruha­n bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia