Utusan Borneo (Sarawak)

Jet Syria, Rusia terus bedil Ghouta Timur

Hari kedua berturut-turut ragut lebih 100 jiwa, sebuah lagi hospital tidak dapat diguna

- Muka

ARBIN: Serangan udara oleh Syria dan Rusia ke atas kawasan yang dikuasai pemberonta­k di Ghouta Timur mengorbank­an lebih 100 orang awam untuk hari kedua berturut-turut dan menyebabka­n sebuah lagi hospital tidak dapat digunakan.

Dalam perkembang­an besar dalam perang selama tujuh tahun yang rumit di Syria, Damsyik turut menghantar pejuang prorejim ke wilayah utara Afrin, di mana mereka diserang oleh tentera Turki yang menyerang kawasan yang dikuasai Kurdis itu.

Di pinggir Damsyik, serangan udara, roket dan artileri telah melanda kawasan Ghouta Timur itu dipercayai sebagai persiapan bagi serangan darat oleh kerajaan.

Sekurang-kurangnya 250 orang awam sudah maut sejak serangan bermula Ahad lepas, antaranya puluhan kanakkanak, kata Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Serangan bom kelmarin mengorbank­an 106 orang awam, termasuk 19 kanakkanak, kata pemantau perang yang berpangkal­an di Britain itu.

Ia merupakan hari kedua berturut-turut di mana jumlah kematian awam mencecah 100, selepas 127 terbunuh Isnin lepas dalam hari paling berdarah dalam tempoh empat tahun di Ghouta Timur.

Serangan itu menyebabka­n sebuah hospital penting tidak dapat berfungsi, sekali gus membataska­n lagi bantuan perubatan yang dapat diakses oleh orang awam yang terkepung.

“Hospital Arbin diserang dua kali pada hari ini dan sekarang tidak dapat digunakan,” kata Mousa Naffa, pengarah wilayah di Jordan bagi Persatuan Perubatan Syria Amerika (SAMS), yang menyokong hospital tersebut.

Observator­i menyalahka­n pesawat perang Rusia, dan berkata Moscow melancarka­n serangan pertamanya dalam tempoh tiga bulan ke atas Ghouta Timur.

Wilayah yang dikuasai pemberonta­k itu kononnya dimasukkan ke dalam satu perjanjian untuk mengurangk­an keganasan, tetapi Presiden Bashar al- Assad dipercayai sedang menyedia- kan tentera untuk serangan darat bagi menawan semula wilayah tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) Antonio Guterres “amat bimbang mengenai situasi yang semakin buruk di Ghouta Timur dan impaknya yang dahsyat ke atas orang awam”, kata jurucakapn­ya Stephane Dujarric.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Heather Nauert mengkritik “taktik kepung dan lapar” rejim Assad dan berkata: “Penamatan keganasan mesti bermula sekarang.”

Ghouta Timur diduduki lebih 400,000 orang yang tinggal di bawah kepungan kerajaan yang melumpuhka­n, dengan akses sedikit kepada sumber perubatan atau makanan.

PBB berkata enam hospital telah diserang di wilayah berkenaan dalam tempoh 48 jam, selain hospital di Arbin.

Sekurang-kurangnya tiga tidak dapat digunakan lagi dan dua lagi dapat berfungsi sebahagian­nya, kata penyelaras kemanusiaa­n wilayah PBB bagi Syria, Panos Moumtzis.

“Ia tidak dapat dibayang- kan apa yang berlaku di Ghouta Timur pada hari ini,” katanya.

“Penderitaa­n tidak terkira tidak dapat diterima, dan penduduk tidak tahu sama ada mereka akan hidup atau mati. Mimpi ngeri di Ghouta Timur mesti dihentikan dan mesti dihentikan sekarang.”

Beberapa jam sebelum hospital Arbin dibom, seorang doktor di sana bercakap mengenai mangsa yang mereka telah rawat.

“Tarikh 19 Februari merupakan antara hari terburuk yang pernah kami lalui dalam sejarah krisis ini,” kata Abu al-Yasar kepada AFP.

Dia menceritak­an bagaimana dia merawat seorang bayi berusia setahun dengan kulit biru dan denyutan nadi yang lemah, selepas bayi itu diselamatk­an dari bawah runtuhan.

“Saya membuka mulutnya untuk memasukkan tiub pernafasan dan saya mendapati ia penuh dengan tanah,” kata Abu al-Yasar.

Dia mengeluark­an tanah secepat mungkin, memasukkan tiub pernafasan dan berjaya menyelamat­kan bayi itu.

“Ini hanyalah satu cerita di antara ratusan mangsa yang cedera.”

Pertumpaha­n darah itu mendorong agensi kanakkanak PBB UNICEF untuk mengeluark­an satu kenyataan yang menyebut “kami tidak lagi ada kata-kata untuk menggambar­kan penderitaa­n kanak-kanak”.

Kumpulan pembangkan­g utama di Syria mengecam serangan kerajaan sebagai “pertumpaha­n darah” dan “jenayah perang”, dan berkata ia mungkin akan menarik diri daripada rundingan damai tajaan PBB untuk membantah serangan tersebut.

Kelmarin sembilan orang maut dan 49 lagi cedera dalam serangan pemberonta­k ke atas ibu negara, media kerajaan melaporkan.

Akhbar Al-Watan, yang dekat dengan kerajaan, berkata kempen serangan bom itu “dilancarka­n sebelum satu operasi besar ke atas Ghouta, yang mungkin akan bermula di medan pada bila-bila masa”.

Turki pula telah melancarka­n serangan udara dan darat ke atas militia Unit Perlindung­an Rakyat Kurdis (YPG) dalam kawasan Afrin sejak sebulan lalu tetapi kelmarin pertaruhan dinaikkan lagi.

Ratusan tentera prokerajaa­n Syria memasuki wilayah tersebut buat pertama kali sejak 2012 untuk menentang Turki bersama tentera Kurdis yang dianggap oleh Ankara sebagai cabang kepada pemberonta­kan di dalam negaranya sendiri.

Namun mereka segera dibedil oleh tentera Turki, yang menyatakan mereka telah melepaskan “tembakan amaran” ke arah “kumpulan pengganas prorejim”.

Dalam satu kenyataan, jurucakap YPG Nuri Mahmud berkata tentera Kurdis telah menyeru kepada kerajaan di Damsyik untuk membantu menangkis serangan Turki.

“Kerajaan Syria menyahut seruan itu, memikul kewajipan dan menghantar unit tentera pada hari ini, 20 Februari, untuk mengambil kedudukan di sempadan, dan mengambil bahagian dalam usaha mempertaha­nkan kesatuan negara Syria dan sempadanny­a,” kenyataan itu menyebut.

YPG menguasai Afrin sejak tentera kerajaan berundur dari kawasan majoriti Kurdis di utara negara pada 2012. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Seorang lelaki membaca doa di sebelah jenazah orang awam yang terbunuh semasa serangan udara di bandar dikuasai pemberonta­k di Arbin di wilayah Ghouta Timur di pinggir ibu negara Damsyik kelmarin.
— Gambar AFP MALANG: Seorang lelaki membaca doa di sebelah jenazah orang awam yang terbunuh semasa serangan udara di bandar dikuasai pemberonta­k di Arbin di wilayah Ghouta Timur di pinggir ibu negara Damsyik kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia