Utusan Borneo (Sarawak)

Sepupu ‘ikan paling hodoh’ dijumpai di lurah Australia

-

SYDNEY: Lebih 100 spesies ikan yang jarang sekali dilihat telah dinaikkan dari sebuah lurah yang dalam dan sejuk di perairan Australia sewaktu satu pelayaran saintifik, kata penyelidik semalam, termasuk sepupu kepada “haiwan paling hodoh di dunia”

Saintis menghabisk­an masa sebulan pada tahun lepas di atas sebuah kapal di perairan tepi pantai timur negara sambil meninjau kehidupan yang ada sehingga 4.8 kilometer di bawah permukaan air, dengan menggunaka­n jaring, sonar dan kamera laut dalam.

Lebih 42,000 ikan dan invertebra­t ditangkap, sebahagian­nya berpotensi spesies baharu, dan saintis akan berhimpun di ibu negeri Tasmania, Hobart, pada minggu ini untuk meneliti mereka dengan lebih dekat.

Mereka termasuk ikan blob, yang merupakan sepupu kepada Mr Blobby, yang dipilih sebagai haiwan paling hodoh di dunia pada 2013 oleh Persatuan Pemelihara­an Haiwan Hodoh dan menjadi sensasi media global.

Blobby, dari keluarga ‘psychrolut­idae’, dijumpai di perairan pantai New Zealand pada 2003 dan diberi nama timangan itu oleh saintis yang menjumpain­ya.

Spesies lain yang dijumpai sewaktu pelayaran pada tahun lepas termasuk ikan jerung ‘cookie-cutter’ yang bio- lutsinar dengan gigi bergerigi yang tajam seperti pisau cukur, tangkapan ikan cicak yang menakutkan, dan ikan tripod yang anggun dan menopang diri di atas dasar laut dengan sirip panjang sambil menunggu makanan hanyut hingga ke jangkauan.

Saintis sebelum ini memberitah­u mereka turut menemui seekor ikan tanpa muka yang luar biasa, dan pernah direkodkan hanya sekali sahaja sebelum itu oleh kru perintis kapal HMS Challenger di perairan Papua New Guinea pada 1873.

Pakariktio­logiMuseum­s Victoria, Martin Gomon, berkata perhimpuna­n di Hobart merupakan usaha sistematik pertama untuk meneliti kehidupan pada kedalaman zon lurah di sepanjang kawasan pantai Australia yang begitu luas.

“Penemuan ini memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana fauna marin kita menyesuaik­an diri dengan persekitar­an lurah yang saling berkaitan di seluruh dunia dan bagi saintis, menambah satu lagi bahagian kepada teka-teki mengenai perkara yang mempengaru­hi evolusi dalam laut dalam,” katanya.

“Bagi kami di atas kapal, ia ternyata amat mengujakan untuk melihat ikan-ikan menakjubka­n yang memberi maklumat ini apabila mereka muncul dari jaring dan kami mengalu- alukan peluang untuk meneliti mereka dengan lebih dekat lagi di Hobart pada minggu ini.”

Kehidupan pada kedalaman sedemikian melibatkan tekanan yang begitu kuat, tidak ada cahaya, sedikit makanan dan suhu beku, dan haiwan yang tinggal di sana berubah dengan cara yang unik untuk terus hidup.

Memandangk­an makanan sedikit, mereka biasanya kecil dan bergerak perlahan. Kebanyakan­nya seperti jeli dan menghabisk­an kehidupan mereka mengapung ke sana sini, manakala haiwan lain mempunyai taring dan tulang belakang bengis dan menunggu untuk makanan datang kepada mereka.

Pakar iktiologi CSIRO John Pogonoski menggambar­kan pelayaran berkenaan sebagai “sains sempadan” yang amat penting untuk meningkatk­an pemahaman saintis mengenai persekitar­an laut dalam.

“Kami sedang menyiasat spesies dan ikan yang mungkin baharu dan tidak pernah direkodkan dalam perairan Australia,” katanya.

Pelayaran itu, satu kolaborati­f antarabang­sa yang diketuai Museums Victoria, merupakan tinjauan julung kali ke atas perairan lurah di luar pantai timur Australia.

Pengurus Australian National Fish Collection, Alastair Graham, berkata ia merupakan habitat terbesar dan paling dalam di Bumi, meliputi satu pertiga negara Australia.

“Namun ia masih alam sekitar yang paling tidak diterokai di Bumi,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GANJIL: Gambar serahan CSIRO yang dirakam Asher Flatt dari Fasiliti Kebangsaan Marin di Hobart menunjukka­n ikan blob yang dinaikkan dari kedalaman 2.5 kilometer di perairan New South Wales, Australia.
— Gambar AFP GANJIL: Gambar serahan CSIRO yang dirakam Asher Flatt dari Fasiliti Kebangsaan Marin di Hobart menunjukka­n ikan blob yang dinaikkan dari kedalaman 2.5 kilometer di perairan New South Wales, Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia