Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki AS bunuh jiran Lubnan kena penjara seumur hidup

-

CHICAGO: Seorang lelaki dari Oklahoma yang didapati bersalah membunuh jirannya yang berbangsa Lubnan Amerika kerana kebencian kelmarin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Stanley Majors disabit kesalahan pada awal bulan ini atas tuduhan melakukan pembunuhan setelah dia menembak mati jirannya di bandar Tulsa, kerana kebenciann­ya terhadap keturunan jirannya itu yang berasal dari Lubnan.

Khalid Jabara, 37, dibunuh di anjung depan rumah keluargany­a pada Ogos 2016, hanya beberapa minit sahaja selepas dia menghubung­i polis untuk melaporkan jirannya telah mengugutny­a dan mempunyai senapang.

Majors sudah bertahunta­hun mengganggu keluarga Jabara, menurut pendakwa raya, dengan memanggil mereka “orang Arab kotor”, “warga Lubnan kotor” dan “Mooslim”.

Keluarga Jabara sebenarnya beragama Kristian dan lari sewaktu perang saudara di Lubnan berdekad- dekad yang lalu untuk mengelak penindasan agama.

Tertuduh berusia 63 tahun juga dihukum kerana tuduhan jenayah kebencian dengan gangguan atau ugutan berniat jahat.

Keluarga Jabara berkata tuduhan jenayah kebencian itu memberi mesej penting.

“Kita percaya bahawa sebagai sebuah masyarakat, kita perlu memberi perhatian kepada fikiran kita, kerana ia menjadi kata-kata kita, kata-kata kita apabila ia menjadi tindakan kita. Kita mesti mempertang­gungjawabk­an satu sama lain,” kata adik perempuan mangsa Victoria Jabara Williams kepada pemberita selepas pensabitan Majors.

“Retorik yang sedang berlaku dalam masyarakat kita dan pada peringkat antarabang­sa, dan pada peringkat global, saya rasa ia adalah lebih penting berbanding selama ini bahawa kita menyebut sesuatu apabila kita mendengar sesuatu,” katanya.

Pada waktu serangan itu, Majors dibebaskan dari penjara dengan jaminan selepas menjalani hukuman penjara kerana melanggar ibu Jabara dengan keretanya. Dia juga diletakkan di bawah perintah perlindung­an yang melarangny­a daripada memiliki senjata api.

Pendakwa raya telah meminta kepada hakim untuk tidak menunjukka­n belas kasihan kepada Majors kerana dia tidak menyuaraka­n rasa kesal di atas tindakanny­a, menurut akhbar Tulsa World.

Peguam belanya berhujah bahawa Majors merupakan seorang lelaki homoseks yang sakit mental dan bimbang orang Muslim akan mencederak­annya kerana seksualiti­nya.

Kepercayaa­nnya yang salah bahawa keluarga Jabara adalah Muslim telah mendorongn­ya untuk melakukan tindakan yang ganas, kata mereka.

Peguam Majors, Justin Smith, merancang untuk mengemukak­an rayuan ke atas pensabitan berkenaan.

“Kami masih mempunyai gambaran dan kepercayaa­n bahawa anak guam kami mempunyai penyakit mental yang amat serius,” kata Smith, menurut CNN. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia