Utusan Borneo (Sarawak)

Cemar air, tanah: 3M bayar AS$850 juta kepada Minnesota

-

NEW YORK: Konglomera­t antarabang­sa yang berpangkal­an di Amerika Syarikat ( AS), 3M Company, dituduh mencemari air dan tanah di Minnesota, akan membayar AS$ 850 juta ( RM3.15 bilion) kepada negeri bahagian tengah barat AS itu untuk menyelesai­kan kes tersebut, menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin.

Syarikat itu, yang berpangkal­an di ibu negeri St Paul selama lebih 115 tahun, berkata ia mencapai persetujua­n dengan pihak berkuasa untuk menamatkan tindakan undangunda­ng berhubung “PFC (‘perfluorin­ated chemicals’ atau kimia beracun) tertentu yang ada dalam alam sekitar”.

Menurut pejabat ketua peguam, 3M menyimpan sisa berkaitan PFC di dalam tanah dan air di kawasan Twin Cities East Metro – yang merangkumi Minneapoli­s dan St Paul – antara tahun 1950-an hingga awal tahun 2000-an.

Sebatian kimia ini digunakan, antara lain, untuk membuat pencuci karpet – dan dijual kepada DuPont USA untuk membuat produk yang mengandung­i Teflon.

Wang yang dibayar oleh 3M akan disalurkan ke dalam sebuah tabung yang membiayai projek kelestaria­n air di kawasan berkenaan.

“Walaupun kami tidak percaya bahawa isu kesihatan awam yang ada kaitan dengan PFC, 3M akan bekerja dengan kerajaan negeri dalam projek penting ini,” kata Ketua Pegawai Teknologi 3M, John Banovetz, merangkap naib presiden kanan penyelidik­an dan pembanguna­n.

Gabenor Minnesota, Mark Dayton menyifatka­n penyelesai­an itu sebagai satu “kemajuan yang amat penting sekali untuk melindungi kesihatan lebih 67,000 warga Minnesota dalam kawasan East Metro, yang sewajarnya menikmati air minuman yang bersih dan selamat”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia