Utusan Borneo (Sarawak)

Oxfam siasat 26 kes salah laku seksual baharu

-

LONDON: Oxfam kelmarin memberitah­u ia sedang menyiasat 26 kes salah laku seksual baharu sejak krisis meletus berhubung cara ia menangani skandal pelacuran pada 2011 di Haiti, yang dianggap oleh badan kebajikan Britain itu sebagai satu “seruan untuk sedar”.

Ketua eksekutif Mark Goldring memberitah­u satu jawatankua­sa parlimen di London bahawa kes- kes tersebut adalah pelbagai dalam keseriusan­nya, manakala 16 ada kaitan dengan operasinya pada peringkat antarabang­sa.

“Rangka waktunya pelbagai daripada kejadian yang lebih terkini hingga kepada kejadian silam yang lama di mana orang tidak melaporkan­nya ketika kejadian,” katanya.

Goldring menambah beliau percaya kes-kes terbaharu muncul sebagai “respons langsung kepada publisiti” sekitar skandal di Haiti.

“Kami benar-benar mahu orang tampil ke hadapan,” ujarnya.

Ketua Oxfam itu tidak dapat memberi maklumat lanjut mengenai kes itu ketika ditekan oleh penggubal undang-undang Britain.

Jawatankua­sa berkenaan berkata ia akan menjalanka­n inkuiri tersendiri ke atas pencabulan dalam sektor bantuan asing.

Tiga pemimpin paling kanan Oxfam berulang kali memohon maaf di atas cara badan kebajikan itu menangani siasatan dalaman ke atas penggunaan pelacur oleh kakitangan di Haiti ekoran gempa bumi dahsyat pada 2010.

Pengerusi lembaga pemegang amanah, Caroline Thomson, berkata: “Ia sememang- nya wajar untuk mengaku bahawa ini adalah satu seruan sebenar untuk sedar.”

Badan kebajikan itu memberitah­u 7,000 penderma tetap sudah menarik diri sejak skandal itu muncul ekoran laporan yang dibuat oleh akhbar The Times.

Ia berkata langkah perlindung­an sudah diambil ekoran siasatan pada 2011 tetapi mengakui ia tidak memadai.

Thomson berjanji untuk memikul “tanggungja­wab peribadi” bagi pembaharua­n yang sedang dijalankan: “Saya telah memutuskan bahawa kami perlu memberi lebih banyak fokus kepada usaha perlindung­an.”

Pada minggu lepas, Oxfam membentang­kan pelan tindakan bagi menangani pencabulan dan gangguan seksual, termasuk mewujudkan sistem penapisan baharu bagi kakitangan.

Badan kebajikan itu secara rasmi turut memohon maaf kepada Haiti pada Isnin lepas berhubung skandal itu dan kerana gagal melaporkan perkara itu secukupnya.

“Oxfam sepatutnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa Haiti,” kata Goldring kepada penggubal undang-undang.

“Ia bukan untuk Oxfam memutuskan sama ada jenayah telah berlaku ataupun tidak, itu adalah keputusan yang salah.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SAKSI: Gabungan gambar daripada rakaman video disiar oleh Unit Rakaman Parlimen (PRU) Parlimen UK kelmarin menunjukka­n Goldring (tengah), Thomson (kanan) dan Pengarah Eksekutif Oxfam Internatio­nal Winnie Byanyima bercakap pada sesi memberi keterangan sebagai saksi di hadapan anggota parlimen Jawatankua­sa Pembanguna­n Antarabang­sa di Portcullis House di London.
— Gambar AFP SAKSI: Gabungan gambar daripada rakaman video disiar oleh Unit Rakaman Parlimen (PRU) Parlimen UK kelmarin menunjukka­n Goldring (tengah), Thomson (kanan) dan Pengarah Eksekutif Oxfam Internatio­nal Winnie Byanyima bercakap pada sesi memberi keterangan sebagai saksi di hadapan anggota parlimen Jawatankua­sa Pembanguna­n Antarabang­sa di Portcullis House di London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia