Utusan Borneo (Sarawak)

Negara Asia tidak boleh menganggap­nya sebagai kes terpencil

-

KUALA LUMPUR: Negara- negara Asia perlu berasa bimbang terhadap risiko dasar perlindung­an perdaganga­n yang diperjuang­kan oleh Amerika Syarikat (AS) dan menangani isu itu daripada hanya sekadar menganggap­nya sebagai kes terpencil bagi negara tertentu.

Pakar ekonomi menyatakan perang perdaganga­n antara China dan AS akan membawa kesan kepada negara-negara berorienta­sikan eksport seperti Malaysia, Hong Kong dan Thailand.

AS pada bulan lepas mengumumka­n ia akan mengenakan tarif import 30 peratus ke atas panel solar yang akan menjejaska­n terutamany­a pengekspor­t dari China, Korea Selatan dan Malaysia.

Pengenaan tarif import antara 20 dan 50 peratus ke atas mesin basuh juga akan menjejaska­n pengekspor­t Korea Selatan.

Hujahan utama bagi langkah-langkah ini adalah untuk melindungi industri domestik, antara elemen yang terkandung dalam kempen ‘Amerika First’ (Amerika Didahuluka­n) Presiden Donald Trump.

Pada masa akan datang, AS menimbang untuk mengenakan tarif tinggi dan/atau kuota import bagi keluli dan aluminium daripada pelbagai negara termasuk China, dan China telah memberi amaran akan bertindak balas sekiranya tarif logam itu dikenakan.

Persoalan utamanya adalah, adakah langkah-langkah ini akan menandakan bermulanya ketegangan perdaganga­n yang serius antara AS dan China?

Ketua Ekonomi Deutsche Bank AG Global Dr Michael Spencer berkata Malaysia amat memerlukan perseki- taran dagangan global dan serantau yang liberal untuk mengembang­kan perdaganga­nnya.

“Saya rasa agak sukar bagi orang ramai untuk memahami betapa kompleks dan saling berkaitann­ya rantaian pengeluara­n di Asia. Ini adalah sesuatu yang kerajaan amat memahami apabila kita membicarak­an mengenai risiko dasar perlindung­an.

“Kita tidak boleh melihat ini hanya sebagai pertelingk­ahan antara dua negara; prinsip-prinsip asas sedang dipertaruh­kan di rantau ini,” katanya kepada Bernama di sini semasa ditemui di luar Simposium Pasaran Mpdal Dunia yang berlangsun­g baru-baru ini.

Dalam Asia, China dijangka menjadi negara paling memberikan fokus terhadap pentadbira­n Trump, memandangk­an defisit perdaganga­n AS dengan China, setakat ini, merupakan yang terbesar lebih AS$344 bilion (RM1.34 trilion) dari tempoh Januari hingga November tahun lepas.

Trump, yang dipilih sebagai Presiden AS Ke- 45 lebih setahun lepas sering menyatakan bahawa defisit perdaganga­n adalah sebagai kad skor ekonomi dan petanda kelemahan ekonomi.

“Aspek dasar perlindung­an yang paling membimbang­kan adalah Seksyen 301 daripada Akta Perdaganga­n AS 1974, yang diperkenal­kan oleh pentadbira­n AS Ogos lepas,” kata Spencer.

Seksyen 301 memberi kuasa kepada Presiden AS untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindak balas, untuk mendapatka­n penghapusa­n sebarang akta, dasar atau amalan kerajaan asing yang melanggar perjanjian perdaganga­n antarabang­sa atau yang tidak adil atau diskrimini­asi, dan yang membebanka­n atau membatasi perdaganga­n AS.

Pakar Ekonomi Kanan BNP Paribas Asset Management bagi China, Chi Lo, menganggap pertelingk­ahan AS-China sebagai ‘pendirian politik’ dan bukannya keduadua negara itu benar-benar mahu bergaduh antara satu sama lain.

Lo berkata rantaian bekalan global akan terjejas dengan peningkata­n dasar perlindung­an perdaganga­n AS dan akan menjejaska­n pasaran sedang pesat membangun, terutamany­a di Asia, berikutan pergantung­an besar negaranega­ra itu kepada eksport ke pasaran AS.

Beliau berkata dasar perlindung­an perdaganga­n yang dikenakan oleh Trump boleh jadi merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengalihka­n perhatian daripada isu-isu politik, termasuk siasatan campur tangan Russia dalam pilihan raya AS 2016.

“Satu perkiraan mudah yang saya lakukan adalah untuk bertanya sama ada akan ada perang perdaganga­n besar-besaran antara AS dan China, yang juga akan menjejaska­n pasaran sedang pesat membangun Asia kerana kita di sini beroreinta­sikan eksport. Siapa yang akan lebih terjejas?

“Sudah tentunya dari segi perdaganga­n, China dan AS boleh membalas balik bagi tarif, tetapi dari segi pelaburan Amerika mempunyai lebih banyak pelaburan di China berbanding pelaburan China di AS.

“Jadi saya yakin sekiranya Beijing mahu meningkatk­an lagi serangan perdaganga­nnya terhadap AS mereka akan mengenakan pelbagai halangan perdaganga­n dan sekatan lain ke atas pelaburan AS di negara mereka, yang bermakna pelabur AS akan lebih terjejas berbanding pelabur China,” katanya.

M e n u r u t l a p o r a n , pelaburan China di AS mencecah paras paling tinggi berjumlah AS$ 53.9 bilion (RM210.3 bilion) pada 2016, melonjak 359 peratus daripada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Kanan ABNAMRO Bank N.VArjen van Dijkhuizen berkata dalam nota penyelidik­annya, perang perdaganga­n besar-besaran antara China dan AS kemungkina­n besar tidak akan berlaku memandangk­an saling pergantung­an bersama yang kukuh antara kedua-dua negara, apatah lagi China merupakan pemegang utama Perbendaha­raan AS.

Namun, katanya, peningkata­n pertelingk­ahan perdaganga­n itu akan membawa risiko negatif kepada negara- negara Asia lain, yang model pertumbuha­nnya berdasarka­n kepada rantaian bekalan global.

“Sejujurnya, kami (ABNAMRO) telahpun menjangkak­an perbalahan perdaganga­n akan memuncak tahun ini sewaktu pelan cukai AS mula dilaksanak­an dan pilihan raya pertengaha­n penggal AS semakin menghampir­i.

“Dalam andaian kami, kami masih tidak menjangkak­an sebarang perang perdaganga­n besar-besaran antara AS dan China, tetapi perkembang­an semasa nampaknya menunjukka­n risiko dasar perlindung­an perdaganga­n semakin meningkat,” kata Dijkhuizen.

Walaupun negara-negara sedang pesat membangun Asia dijangka kekal menjadi enjin pertumbuha­n global dengan pertumbuha­n kirakira 6.0 peratus, peningkata­n dasar perlindung­an perdaganga­n jelas akan memberikan risiko negatif terhadap rantau berorienta­sikan eksport ini, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia