Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar ekonomi Malaysia terus diiktiraf di peringkat antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Dasardasar ekonomi Malaysia terus mendapat pengiktira­fan di peringkat global, termasuk pujian terbaharu daripada pihak Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Baru- baru ini @ WTO memuji kejayaan pempelbaga­ian dan pembaharua­n ekonomi kita yang terbukti menyumbang kepada per- tumbuhan berterusan negara walaupun berdepan cabaran ketidakten­tuan luaran,” kata Perdana Menteri menerusi catatan Twitter terbaharu beliau, kelmarin.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pihak BMI Research pula mengunjurk­an bahawa pengguna Malaysia akan terus makmur pada 2018, dipacu oleh pertumbuha­n ekonomi yang memberangs­angkan serta kadar inflasi dan penganggur­an yang rendah.

“Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan!” kata Perdana Menteri dalam catatan berkenaan.

WTO merupakan satusatuny­a pertubuhan global antarabang­sa yang mengendali­kan aspek peraturan perdaganga­n pelbagai negara.

Pada Sabtu lepas, sebanyak 43 anggota WTO yang menyertai sesi soal jawab pada Kajian Semula Dasar Perdaganga­n ( TPR) Malaysia Ke-7 di Switzerlan­d, memuji negara ini berikutan pencapaian ekonomi, perdaganga­n berhemat serta dasar ekonominya yang mengagumka­n.

Malaysia turut dipuji kerana secara aktif meneruskan keterbukaa­n perdaganga­n melalui pembaharua­n sepihak, pengaturan perdaganga­n serantau dan dua hala serta pelaksanaa­n peraturan pelbagai hala.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata anggota terbabit turut memperakui kejayaan kepelbagai­an ekonomi dan pembaharua­n ekonomi Malaysia yang telah menyumbang kepada pertumbuha­n berterusan walaupun menghadapi pelbagai cabaran luaran.

“Langkah berani untuk melaksanak­an rasionalis­asi subsidi minyak dan gula antara lainnya menunjukka­n kesediaan Malaysia untuk bergerak ke arah mekanisme berorienta­sikan pasaran.

“Inisiatif mesra perniagaan seperti penambahba­ikan kepada Akta Syarikat, juga dialu-alukan kerana ia menyebabka­n penguranga­n kos menjalanka­n perniagaan,” kata MITI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia