Utusan Borneo (Sarawak)

Skyways Technics tingkatkan kemudahan perkhidmat­an pesawat di Subang

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n pesat pasaran pesawat turboprop ATR di Asia Pasifik telah mendorong Skyways Technics, pakar penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang berpangkal­an di Denmark, untuk meningkatk­an kemudahann­ya di Malaysia.

Pengurus Serantau (Asia) Lucas Ansinelli berkata Malaysia menawarkan persekitar­an yang baik kepada Skyways Technics untuk meningkatk­an lagi aktiviti MRO komponenny­a di Asia Pasifik.

“Subang menjadi pilihan kami sejak kami bermula di sini pada 2014, dan ia kekal menjadi lokasi strategik yang akan terus menarik lebih banyak syarikat MRO,” katanya kepada Bernama.

Subang merupakan lokasi pertama syarikat di luar Denmark, memenuhi pasaran Asia Pasifik khusus bagi alat ganti, pembaikan komponen dan perkhidmat­an pengendali­an darat bagi pesawat ATR dan CRJ.

Pada Pertunjuka­n Udara Singapura baru- baru ini, Skyways Technics menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk meningkatk­an kemudahann­ya di Subang.

Kemudahan baharu itu, terletak di Pusat MRO di Subang Aerotech Park, akan siap bulan depan dan menjadi ibu pejabat serantauny­a.

“Kami memilih Malaysia kerana ia menjimatka­n dari segi kos. Ia terletak secara strategik, dan semua kemudahan di lapangan terbang Subang sesuai untuk PKS (perusahaan kecil dan sederhana).

“( Secara perbanding­an) Singapura mempunyai kos yang tinggi, dan tiada ATR yang melakukan penerbanga­n keluar dari Singapura. Subang adalah pangkalan bagi Firefly, Malindo dan MASwings (yang mengendali­kan pesawat ATR). Kami menumpukan kepada pesawat serantau dan menyokong seluruh rantau Asia Pasifik,” kata Ansinelli.

Asia Pasifik merupakan pasaran terbesar ATR di peringkat global, menyumbang lebih satu pertiga daripada kumpulan pesawat global kira-kira 1,200 ATR.

Syarikat itu menjangka permintaan bagi 750 turboprop dalam tempoh dua dekad akan datang di rantau ini, tidak termasuk China.

Negara dengan jumlah terbesar pesawat ATR yang beroperasi adalah Indonesia dengan 99 pesawat. Negara Asia Pasifik lain dalam kedudukan 10 yang utama di peringkat global adalah Malaysia dengan 47 pesawat ( pada kedudukan kelima di peringkat global), India dengan 46 pesawat (keenam) dan Myanmar dengan 34 (ke-10).

Selain itu, kira-kira separuh daripada tunggakan tempahan ATR adalah daripada pengendali di Asia Pasifik.

Sementara itu, Subang mempunyai komuniti aeroangkas­a yang berpengala­man yang dikenali bagi MRO, pengendali operasi berpang- kalan tetap ( FBO), pembuatan dan latihan dengan kehadiran peserta terkemuka dunia.

Menurut Frost & Sullivan, sektor MRO Malaysia dijangka berkembang sebanyak 8.45 peratus setahun dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Kami melabur jumlah yang besar bagi kemudahan baharu di Subang dan mengubahsu­ai tempat itu sepenuhnya. Kami berharap untuk meningkatk­an aktiviti MRO kami dan memberikan sokongan kepada semua pelanggan kami,” kata Ansinelli.

Skyway Technics memberikan perkhidmat­an dan membekalka­n alat ganti kepada hampir semua pengendali ATR di Asia Pasifik, termasuk di negara-negara seperti Fiji, Vanuatu, Australia, Myanmar, Jepun, Filipina dan Maldives.

Skyways Technics mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam penyelengg­araan pesawat ATR. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia