Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran trafik penumpang kebanyakan didorong sektor antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang di lapangan terbang tempatan yang diurus Malaysia Airports Holdings Bhd ( MAHB), mencatatka­n peningkata­n sebanyak 8.7 peratus kepada 96.6 juta penumpang pada 2017, buat pertama kalinya melepasi garis 90 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAHB berkata jumlah aliran trafik penumpang berkenaan kebanyakan didorong oleh sektor antarabang­sa yang meningkat 14.6 peratus kepada 49.5 juta penumpang pada 2017 berbanding 2016.

Aliran trafik sektor tempatan pula mencatatka­n pergerakan 47.1 juta penumpang, peningkata­n sebanyak 3.1 peratus bagi tempoh yang sama pada 2016.

Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) merekodkan sejumlah 58.6 juta penumpang pada 2017, pertumbuha­n dua angka sebanyak 11.5 peratus berbanding 2016.

“KLIA mengurus 28.3 juta penumpang, 11 peratus lebih tinggi berbanding 2016, sementara klia2 mengendali­kan 30.3 juta penumpang, pertumbuha­n sebanyak 11.8 peratus berbanding 2016.

“KLIA dan Kota Kinabalu adalah antara lapangan terbang yang mencatatka­n pertumbuha­n pergerakan penumpang sebanyak dua angka,” kata syarikat itu.

Menurut MAHB, lapangan terbang lain yang turut mencatatka­n pertumbuha­n positif ialah Pulau Pinang, Kuching, Langkawi, Kota Bharu, Melaka, Tawau dan Bintulu, sementara pergerakan pesawat di lapangan terbang di Malaysia secara keseluruha­n meningkat 4.5 peratus pada 2017.

Pergerakan antarabang­sa pula meningkat 11 peratus manakala sektor tempatan meningkat 0.7 peratus dengan purata faktor muatan untuk 2017 secara keseluruha­n sebanyak 76 peratus, tertinggi sejak 2012.

Di sebalik peningkata­n tinggi pergerakan pesawat antarabang­sa, MAHB berkata, purata faktor muatan untuk sektor antarabang­sa juga tinggi sepanjang masa, sebanyak 77 peratus.

Pergerakan kargo pula meningkat 7.9 peratus pada 2017 kepada 955,936 tan metrik, pertumbuha­n positif pertama sejak 2014.

Sementara itu, MAHB berkata jumlah penumpang di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen ( SGIA), Istanbul, melepasi garis 30 juta buat pertama kali pada 2017, iaitu 31.3 juta penumpang, peningkata­n sebanyak 5.7 peratus berbanding 2016.

“Penumpang antarabang­sa meningkat 8.4 peratus, manakala penumpang tempatan meningkat 4.5 peratus. Momentum aliran trafik penumpang di SGIA, Istanbul, meningkat selepas Februari 2017,” tambah syarikat itu.

Berdasarka­n situasi ekonomi yang kukuh dan pertambaha­n penawaran kapasiti tempat duduk pesawat, MAHB berkata aliran trafik penumpang di Malaysia bagi 2018 dijangka mencatatka­n sejumlah 103.7 juta penumpang, melebihi 96.6 juta yang dicatatkan pada 2017.

“Aliran trafik penumpang antarabang­sa dan tempa- tan dijangka mencatatka­n pergerakan masing-masing sebanyak 53.9 juta dan 49.8 juta. Kos bahan api (kos bagi sebuah pesawat paling besar adalah antara 20-40 peratus) akan terus menyamai harga pada masa ini.

“Malaysia dijangka terus menikmati manfaat daripada kelonggara­n visa untuk pelancong Cina dan India. Angka trafik bagi 2018 dijangka kebanyakan dari sektor China, India dan Asia Tenggara,yang kini menyumbang 75 peratus daripada aliran trafik antarabang­sa,” kata syarikat itu.

Menurut syarikat itu, bagi SGIA, Istanbul, lapangan terbang berkenaan dijangka mencatatka­n pergerakan 34 juta penumpang tahun ini, dengan 12 juta dalam sektor antarabang­sa manakala 22 juta lagi pergerakan tempatan.

“Walaupun ekonomi Turki dijangka mencatatka­n pertumbuha­n stabil sebanyak 4.0 peratus, pertumbuha­n penumpang dijangka terus sederhana kesan daripada kekangan kapasiti landasan,” kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia