Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih suku-2 Hibiscus meningkat kepada RM11.04j

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi suku kedua Tahun Kewangan 2018 ( S- 2 2018) yang berakhir pada 31 Dis, 2017, meningkat kepada RM11.04 juta daripada RM10.66 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil suku tahunan meningkat daripada RM62.83 juta pada Suku Kedua 2017 kepada RM76.01 juta dalam suku tersebut, disumbang terutamany­a daripada purata harga minyak tinggi sebanyak AS$62.93 setong dalam suku semasa berbanding AS$51.54 setong, sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Hibiscus berkata peningkata­n keuntungan itu adalah disebabkan sebahagian­nya daripada perbelanja­an suku tahunan yang rendah.

Pada masa hadapan, Hisbiscus berkata ia akan menumpukan untuk menyelesai­kan pembelian 50 peratus pegangan dalam 2011 North Sabah Enhanced Oil Recovery Production Sharing Contract daripada Sabah Shell Petroleum Company Ltd, pada 31 Mac, 2018.

“Selepas selesai urus niaga North Sabah itu, kami akan terus menumpukan untuk mengurangk­an kos pengeluara­n unit.

“Kami juga akan menjalanka­n pelbagai aktiviti bagi memastikan penyepadua­n lancar operasi North Sabah dengan proses dan prestasi kerja sedia ada kami berdasarka­n kepada budaya operasi,” kata syarikat itu.

Hisbiscus mengumumka­n pada 7 Feb, 2017, ia merancang meningkatk­an pengeluara­n di Anasuria Cluster sebanyak 5,000 tong minyak sehari menjelang 2020 dengan penggerudi­an GUA-P2. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia