Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai FMH naik kepada RM7.92 juta pada suku kedua

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Freight Management Holdings Bhd (FMH) meningkat kepada RM7.92 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis, 2017 berbanding RM6.87 juta dalam tempoh sama pada 2016.

Perolehan naik kepada RM132.0 juta berbanding RM115.4 juta, menurut syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Bagi tempoh enam bulan secara kumulatif hingga 31 Dis, 2017, FMH mencatatka­n keuntungan sebelum cukai yang tinggi sebanyak RM16.3 juta, atau 16 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama sebelum ini dan perolehan lebih tinggi sebanyak RM259.8 juta, meningkat 18 peratus dalam tempoh sama sebelum ini.

Syarikat itu berkata perolehan sebahagian besarnya adalah daripada logistik pihak ketiga dan pergudanga­n, perkhidmat­an sokongan, kargo laut dan perkhidmat­an kargo darat.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan FMH Group Chew Chong Keat berkata suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2018 menjadi satu lagi suku tahun yang memuaskan bagi FMH, berikutan ia terus meraih manfaat daripada ekonomi Malaysia dan global yang kukuh serta aktiviti perdaganga­n yang lebih teguh.

“Berdasarka­n momentum positif ini, jumlah kargo kami secara keseluruha­n mencatat pertumbuha­n melebihi 10 peratus pada suku tahun itu, sekali gus meningkatk­an perolehan dan keuntungan kami bagi suku tahun tersebut,” katanya.

Malaysia dan Indonesia kekal menjadi dua pasaran terbesarny­a dan kedua-duanya menikmati pertumbuha­n dua angka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia