Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan bersih MAHB melonjak tiga kali ganda

-

KUALA LUMPUR: Peserta pengurusan kemudahan bersepadu, UEM Edgenta Bhd mengumumka­n dividen khas sebanyak 18 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, bersama dengan dividen interim kedua sebanyak 5 sen, meningkatk­an jumlah dividen bagi tahun itu kepada 31 sen.

Dividen tersebut, tertinggi dalam tempoh lebih sedekad, merupakan peningkata­n yang besar berbanding dividen pada tahun sebelumnya sebanyak tujuh sen.

Dalam laporan kewangan interim terkininya kepada Bursa Malaysia, UEM Edgenta berkata keuntungan sebelum cukainya susut sebanyak 4.7 peratus kepada RM172.92 juta pada tahun kewangan 2017.

Bagaimanap­un, perolehan meningkat kepada RM2.12 bilion berbanding RM1.57 bilion sebelum ini.

Bagi suku keempat, keuntungan sebelum cukai UEM Edgenta naik kepada RM75.42 juta manakala perolehan meningkat kepada RM672.31 juta berbanding RM512.9 juta sebelum ini.

Prestasi keuntungan kumpulan itu yang rendah pada tahun kewangan 2017 disebabkan beberapa faktor, termasuk peningkata­n RM25.6 juta dalam perbelanja­an faedah yang ditanggung bagi kemudahan Murabahah berjangka dan sukuk.

Selain itu, bahagian perundinga­nnya mencatatka­n keuntungan sebelum cukai yang rendah bagi suku tahun dan tahun tersebut ( masing- masing sebanyak RM8.3 juta dan RM16.3 juta) terutamany­a disebabkan kerja-kerja yang memerlukan perunding luar.

Mengenai prospeknya, anak syarikat UEM Group Bhd itu berkata ia akan terus menumpukan kepada inisiatif kecemerlan­gan operasi untuk memacu margin dan keuntungan yang lebih baik.

Di samping itu, ia menjangka akan terus merealisas­ikan sinergi daripada pengambila­lihannya dan menggunaka­n pemudah cara berasaskan teknologi kepada pelanggann­ya.

“Bersama dengan unjuran ekonomi yang baik bagi Malaysia, Lembaga Pengarah optimis untuk mencapai prestasi kewangan yang positif pada 2018,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM237.09 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017 berbanding RM73.17 juta yang dicatatkan pada 2016.

Pendapatan kumpulan pada 2017 menokok sebanyak 11.5 peratus kepada RM4.65 bilion daripada RM4.17 bilion, berikutan pertumbuha­n dalam lapangan terbang dan operasi bukan lapangan terbang.

“Operasi lapangan-lapangan terbang mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan sebanyak 9.8 peratus, selepas dipacu oleh segmen aeronautik dan bukan aeronautik,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia se- malam.

Dalam suku keempat, MAHB merekodkan penurunan keuntungan bersih kepada RM27.85 juta berbanding RM37.12 juta dalam suku yang sama pada 2016.

Bercakap mengenai unjuran, pengendali lapangan terbang itu memberitah­u 2018 menjanjika­n prospek yang baik kepada MAHB.

“Kumpulan kekal komited untuk memberikan perkhidmat­an yang berkualiti kepada pihak-pihak yang berkepenti­ngan melalui penerapan budaya yang berteraska­n pelanggan dalam operasi lapangan terbang bagi menyediaka­n pengalaman pendigital­an serta lapangan terbang yang inovatif untuk penumpang, syarikat penerbanga­n dan peruncit,” kata MAHB.

Pengendali lapangan terbang itu mencadangk­an pemberian dividen tahap satu sebanyak lapan sen sesaham biasa MAHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017.

Bersama-sama dengan dividen interim awal sebanyak 5 sen sesaham, jumlah dividen yang diisytihar­kan bagi 2017 mencecah 13 sen sesaham berbanding 10 sen sesaham yang diumumkan pada 2016.

Sementara itu, MAHB juga berkata ia telah mendedahka­n petunjuk prestasi utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018, secara sukarela, mencermink­an komitmen MAHB ke atas ukuran prestasi yang telus dan urus tadbir korporat yang baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia