Utusan Borneo (Sarawak)

Program 1MPAK Port Dickson tawar lebih 10,000 pekerjaan

-

SEREMBAN: Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada golongan muda di negeri ini pada program Inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti (1MPAK) yang akan berlangsun­g di Politeknik Port Dickson, Ahad ini.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sembilan Mimi Mazlin Mohamad Yusof berkata pada program bertujuan untuk membantu membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda, sebanyak 28 syarikat yang berkolabor­atif dengan agensi berkenaan telah pun mengesahka­n penyertaan mereka.

“Walaupun peluang pekerjaan ini menyasarka­n golongan belia namun tiada halangan untuk mana-mana individu di pelbagai peringkat umur untuk turut serta mencari kerja pada program tersebut kerana program 1MPAK ini bertujuan membantu melatih graduan-graduan berpotensi supaya dapat diwujudkan ekosistem keusahawan­an sekali gus membantu menjana ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media program siri jelajah 1MPAK Parlimen Telok Kemang di sini, semalam.

Selain peluang pekerjaan, Mimi Mazlin berkata terdapat potongan 50 peratus harga yuran pendaftara­n ditawarkan kepada belia yang ingin melanjutka­n pelajaran di institusi pengajian tinggi terpilih seperti German Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor.

“Bagi belia yang berminat dalam bidang keusahawan­an pula, mereka boleh hadir ke program 1MPAK agar mereka tidak terlepas daripada beberapa kemudahan yang disediakan MARA dari segi latihan, pembiayaan dan premis perniagaan,” katanya.

1MPAK dilancarka­n Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pada 27 Jan lepas dan ia merupakan satu inisiatif KKLW yang diterajui MARA dengan matlamat untuk mencapai mobiliti sosial dan ekonomi terutamany­a kepada kumpulan sasar iaitu isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Bagi fasa pertama pelaksanaa­n 1MPAK, siri jelajah ke daerah terpilih akan dilakukan ke seluruh negara dalam usaha menyebarka­n maklumat tentang program itu khususnya kepada komuniti setempat selain menguar-uarkan inisiatif lain ditawarkan kementeria­n itu dan MARA serta agensi lain di bawah KKLW.

1MPAK, yang diterajui MARA telah menarik minat penyertaan syarikat-syarikat daripada industri bernilai tinggi seperti perkhidmat­an perniagaan, elektrikal dan elektronik, automotif dan aeroangkas­a untuk bersama menjayakan program itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia