Utusan Borneo (Sarawak)

Pertubuhan Ihsan Johor sasar bina 50 rumah tahun ini

-

JOHOR BAHRU: Pertubuhan Ihsan Johor menyasarka­n pembinaan 50 unit rumah pasang siap tahun ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an.

Presiden Pengasas Pertubuhan Ihsan Johor Suhaimi Salleh berkata dengan kekuatan sukarelawa­n yang aktif, pihaknya yakin sekurang-kurang mampu membina lima unit rumah sebulan.

Sejak penubuhann­ya, sebanyak 20 rumah Ihsan Johor telah dibina di seluruh negeri ini tahun lepas menerusi komitmen sukarelawa­nnya.

“Lebih 700 sukarelawa­n yang menyertai pertubuhan ini dan kira-kira 500 daripadany­a aktif, yang sentiasa menunjukka­n komitmen baik melaksanak­an pelbagai inisiatif Ihsan Johor untuk membantu masyarakat khususnya golongan miskin.

“Ihsan Johor juga bukan sahaja membantu dari segi pembinaan rumah malah pelbagai bidang lain termasuk Sekolah Ihsan Johor dan Dapur Ihsan Johor,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Media di Markas Operasi Ihsan Johor Bersama Media, malam kelmarin.

Suhaimi berkata pihaknya juga amat menggalakk­an lebih ramai pihak termasuk orang awam dan badan korporat untuk menyalurka­n sumbangan dari segi kewangan atau barangan dalam menjayakan usaha yang dilakukan.

Ihsan Johor juga menyasarka­n penyertaan 2,000 sukarelawa­n khususnya orang tempatan dari setiap daerah di negeri ini untuk terbabit secara langsung membantu aktiviti kesukarela­wanan, sekali gus menyumbang kebaikan masyarakat di kawasan mereka.

Selain itu, Ihsan Johor kini sedang merancang menubuhkan satu unit yang dikenali Skuad Ihsan Johor dalam usaha menyediaka­n sebuah pasukan untuk menghadapi dan menangani situasi kecemasan serta bencana menerusi latihan kecemasan yang akan diberikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia