Utusan Borneo (Sarawak)

Pokok Ipoh ditanam semula di lokasi sama

-

IPOH: Pokok Ipoh yang telah tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang pada 28 April tahun lepas telah ‘dikembalik­an’ oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan kaedah penanaman semula anak pokok spesies sama di Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini.

Sesi penanaman itu turut disaksikan Exco Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Mah Hang Soon; Exco Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Menurut Zambry, proses penanaman semula itu dianggap penting selain mempunyai nilai sejarah yang tersendiri khususnya kepada bandar raya ini.

Katanya, beliau berharap pokok Ipoh berusia tiga tahun yang ditanam itu akan hidup subur dan sentiasa diselengga­ra oleh kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan baik.

“Diharapkan pokok ini terus tumbuh subur untuk masa hadapan dan terus menjadi lambang kebanggaan kepada warga bandar raya Ipoh khasnya,” katanya pada sidang media selepas Program Penanaman Pokok Ipoh di sini, semalam.

Sebelum ini, pokok asal yang berketingg­ian kira-kira 50 meter dan berusia 37 tahun telah ditanam oleh Menteri Besar Perak yang ketujuh, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh sempena ulang tahun ke-50 Kelab Rotary Ipoh, pada 18 Januari 1980.

Zambry berkata, pihaknya turut berharap MBI memperbany­akkan lagi penanaman spesies pokok-pokok tempatan di sekitar bandar raya yang bertujuan mengindah dan menyerlahk­an identiti nasional di mata para pelancong.

“Pihak MBI juga diharap akan terus memberi perhatian bagi menjadikan bandar raya bersih, tersusun selain kelemahan-kelemahan yang ada diperbaiki sesuai dengan kedudukan dan juga latar belakang kita,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Zambry menyempurn­akan penanaman semula pokok Ipoh atau dikenali dengan nama saintifikn­ya ‘Antiaris Toxicaria’ di hadapan Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Zambry menyempurn­akan penanaman semula pokok Ipoh atau dikenali dengan nama saintifikn­ya ‘Antiaris Toxicaria’ di hadapan Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia