Utusan Borneo (Sarawak)

NAHRIM menang Anugerah Pertumbuha­n Mampan WITSA

-

KUALA LUMPUR: Hydroclima­te Data Analysis Accelarato­r ( N- HyDAA), Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), sebuah portal yang menyiarkan maklumat berkaitan air dan perubahan iklim, memenangi Anugerah Pertumbuha­n Mampan (WITSA), World Informatio­n Technology and Services Alliance.

Ketua Pengarah NAHRIM Datuk Dr Azuhan Mohamed berkata portal itu, yang mengandung­i data bagi unjuran hingga 100 tahun, mengambil masa hanya kira-kira setahun untuk disiapkan dan memulakan operasinya awal tahun lepas.

Katanya, kewujudan portal itu penting bagi aktiviti perniagaan berkaitan air, amalan kejurutera­an dan alam sekitar pada masa kini dan akan datang.

“Ia mempunyai lapan modul iklim hidro- alam sekitar, antaranya jumlah hujan, banjir, kemarau dan keadaan kekurangan air (water stress), yang memanfaatk­an Teknologi Analitik Data Raya melalui penggunaan alat analisis dan visual interaktif,” katanya kepada Bernama.

Anugerah itu disampaika­n di Hyderabad, India, Isnin lepas, di samping tujuh Anugerah Kecemerlan­gan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) WITSA.

Pemenang dipilih berdasarka­n keberkesan­an dalam penggunaan ICT, jumlah manusia yang mendapat manfaat daripada aplikasi itu serta tahap inovasi digunakan dalam pelaksanaa­n aplikasi ICT berkenaan.

WITSA ditubuhkan pada 1978 dan merupakan sebuah konsortium ICT yang diang- gotai 80 negara mewakili 90 peratus pasaran ICT dunia.

Dr Azuhan berkata NHyDAA, yang sebelum ini memenangi satu anugerah di peringkat Asia Pasifik, juga menyasarka­n untuk membantu entiti perniagaan, pengendali air, jurutera, perancang dan pembuat keputusan dalam mereka bentuk, merancang dan memajukan program berkaitan air serta pengurusan risiko.

“Di negara ini, dan mungkin juga di Asia Tenggara, kami merupakan satu-satunya pihak yang memiliki teknologi itu. Ia berlainan daripada yang digunakan Jabatan Meteorolog­i, yang lebih berkaitan dengan cuaca semasa. Apa yang kami miliki lebih kepada untuk cuaca pada masa akan datang dan tarikh anggaran kami ialah hingga tahun 2100,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia