Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh maut ditembak rakan ketika berburu

-

RANAU: Seorang buruh kasar maut selepas ditembak rakan semasa berburu di kawasan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Kampung Marakau di sini, pagi Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Anto Supomo, 33, maut selepas terkena lima tembakan di bahagian badan semasa memburu kira-kira jam 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian disedari apabila isteri mangsa memaklumka­n perkara terbabit kepada pegawai penguasa LIGS.

“Siasatan mendapati mangsa bersama rakannya masuk ke kawasan LIGS untuk memburu dengan membawa selaras senapang buatan sendiri iaitu ‘ bakakuk’ dan tiga butir peluru.

“Mangsa kemudianny­a melihat seekor rusa di atas bukit sebelum mengarahka­n rakannya untuk ke sana,” katanya.

Menurutnya rakan mangsa naik ke atas bukit terbabit tanpa menyedari mangsa turut naik bersama dan melepaskan tembakan ke arah rusa berkenaan.

“Sebaik tembakan dilepaskan, rakan mangsa mendengar jeritan mangsa sebelum berlari ke arah mangsa yang tidak bergerak dipercayai sudah meninggal dunia.

“Mangsa kemudianny­a dibawa balik dengan bantuan rakan- rakan lain,” katanya.

Farhan berkata hasil pemeriksaa­n mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena lima kesan tembakan di bahagian badan dan salah satunya terkena di bahagian jantung mangsa.

“Bertindak atas kejadian itu, kita menahan rakan mangsa berumur 28 tahun yang juga warga tempatan berasal dari Kampung Tudangan Ranau.

“Turut dirampas selaras bakakuk, kelongsong peluru, sebutir peluru hidup yang ditemui di dalam poket seluar suspek dan peluru hidup serta sebutir palet yang ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia