Utusan Borneo (Sarawak)

Sebar maklumat merokok ditegah dalam Islam

-

KOTA KINABALU: Pegawai dan ahli jawatankua­sa masjid dan surau di negeri ini disaran supaya menjadi ejen menyebarka­n maklumat bahawa amalan merokok ditegah di sisi Islam.

Langkah untuk menghentik­an amalan merokok dalam kalangan umat Islam itu dilihat akan membantu mengurangk­an peratusan perokok yang semakin meningkat di negara ini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“Selaras dengan pewartaan masjid sebagai kawasan larangan merokok pada 2004, pegawai dan kakitangan masjid harus menjadi teladan yang baik kepada generasi muda supaya hentikan tabiat tidak sihat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Yusof Abd Abbas semasa Program MQuit Masjid dan Kempen Bebas Rokok di Kawasan Masjid dan Surau, di sini pada Selasa.

Arifin berkata, pelaksanaa­n Program MQuit Masjid dilihat sebagai langkah yang baik untuk membantu mengurangk­an peratusan perokok dalam kalangan pegawai dan kakitangan masjid.

Melalui Program MQuit, pegawai dan kakitangan masjid akan menjalani saringan merokok bagi menghantar golongan perokok menjalani Klinik Berhenti Merokok di hospital atau klinik kesihatan berhampira­n.

Katanya, dalam Muzakarah Jawatankua­sa Majlis Kebang- saan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 1995 juga memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana terdapat kemudarata­n.

“Pengharama­n rokok dibuat disebabkan faktor membahayak­an kesihatan pengguna, mendatangk­an kemudarata­n kepada orang di sekeliling perokok serta menjurus kepada pembaziran wang,” jelasnya.

Arifin berkata, pengharama­n turut dilakukan terhadap pengambila­n sisha dan penggunaan rokok elektronik dan vape.

 ??  ?? TERSELAMAT: Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan teruk selepas bertembung dengan sebuah lori treler di persimpang­an lampu isyarat Jalan Terowong Sepanggar.
TERSELAMAT: Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan teruk selepas bertembung dengan sebuah lori treler di persimpang­an lampu isyarat Jalan Terowong Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia