Utusan Borneo (Sarawak)

Eksesais Borneo uji kemampuan armada TLDM di perairan ESSZone

-

SANDAKAN: Eksesais Perang Borneo Siri 2 tahun ini, yang diadakan di perairan Laut Sulu semalam, berjaya mencapai matlamat dalam menguji kemampuan dan kesiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Eksesais itu diketuai Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob melibatkan lima kapal TLDM iaitu Kapal Auksiliari (KA) Tun Azizan, Kapal Diraja (KD) Todak, KD Baung dan KD Sri Johor, KD Sri Perlis serta bot tempur CB 90 dan bot pemintas Silverbree­ze.

Latihan ini merupakan yang pertama pada tahun ini dan kali kedua dikoordina­sikan oleh Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) semenjak pengoperas­ian markas berpindah ke daerah ini dari Kota Kinabalu.

Abdul Rahman yang turut mengikuti pelayaran itu bersama KD Todak, berpuas hati dengan tahap kesiagaan kapalkapal TLDM serta kecekapan krunya dalam menghadapi pelbagai senario peperangan, terutama ancaman di permukaan air.

Ia penting dalam menghadapi peperangan atau situasi ancaman musuh yang tidak terjangka khasnya di wilayah pantai timur Sabah atau Zon Selamat Timur Sabah ( ESSZone), katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya pelaksanaa­n eksesais ini bertujuan untuk mengimbang­i perkembang­an teknologi pertahanan dan persekitar­an dinamik dalam aspek peperangan maritim yang memerlukan perancanga­n bersepadu dan mantap.

Beliau berkata latihan ini mampu melipatgan­dakan lagi tahap kesiagaan, kecekapan dan tahap profesiona­lisme anggota dan keupayaan aset di bawah MAWILLA 2.

Eksesais yang bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir 5 petang itu dimulai dengan Latihan Pertahanan Pangkalan di Pangkalan TLDM Sandakan yang melibatkan pegawai dan anggotaber­tugas di pangkalan.

Latihan pertahanan pangkalan itu melibatkan simulasi serangan musuh terhadap kawasan-kawasan strategik di daratan dengan kemuncak serangan adalah kapal-kapal diarahkan untuk ke laut bagi menghadapi ancaman pertempura­n di laut.

Pertempura­n fasa laut dimulai dengan latihan laluan bebas periuk api serta latihan mencegah kerosakan akibat peperangan dan juga latihan berbentuk injek bagi menguji kewaspadaa­n dan kecekapan kru kapal seperti latihan kebakaran dan mencegah kebanjiran bagi meningkatk­an kemahiran kru. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia