Pustaka Negeri Sarawak adakan ceramah komuniti, 28 Februari
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan ceramah komuniti bertajuk ‘ Neurotherapy & Management of Neurological Disorders’ pada 28 Februari ini.
Ceramah tersebut akan berlangsung di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak di sini bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Ceramah ini akan dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Sains Kognitif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Norsiah Fauzan.
Berpengalaman luas dalam bidang ini, Dr Norsiah akan berkongsi maklumat dengan orang ramai mengenai terapi neuro dan pengurusan masalah perkembangan neuro.
Terapi neuro atau dikenali sebagai neurofeedback adalah pendekatan rawatan yang tidak menyakitkan, tanpa ‘invasive’ yang membolehkan individu mendapatkan maklumat tentang aktiviti otak-otaknya dan menggunakan maklumat tersebut untuk menghasilkan perubahan dalam aktiviti otak.
Selain daripada ‘neurofeedback’, terapi warna dan diagnosis penyakit melalui ‘kinesiology’ yang digunakan untuk kanakkanak atau orang dewasa yang mengalami masalah perkembangan intelektual juga akan dibicarakan sebagai rawatan alternatif.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai terapi neuro adalah dialu-alukan untuk hadir ke ceramah ini.
Kemasukan adalah percuma dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Muhamad Ali di talian 082- 442000 sambungan 336 atau e- mel ke muhamaaw@ sarawak. gov. my.