Empat PATI cuba keluar dari Sarawak ditahan
Mereka cuba keluar melalui jalan tikus kira-kira 200 meter dari sempadan Tebedu-Indonesia semalam
TEBEDU: Empat pendatang asing tanpa izin ( PATI) termasuk seorang kanakkanak berusia enam tahun ditahan kerana cuba keluar dari Sarawak melalui jalan tikus kira-kira 200 meter dari sempadan Tebedu-Indonesia di sini semalam.
Kesemua mereka berusia antara 6 hingga 43 tahun ditahan sekitar jam 10 pagi semasa dalam perjalanan menggunakan laluan tikus berhampiran Inland Port Tebedu, Serian.
Pegawai Memerintah 11 RAMD Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad berkata kumpulan PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah yang dalam perjalanan pulang ke Indonesia.
“Penahanan itu dibuat oleh Kumpulan Serkap Kompeni C, 11 RAMD Kem JPG Tebedu yang melaksanakan Ops Awas di kawasan berhampiran.
“Pada 4 Mac lalu, Kumpulan Serkap seramai lima
Penahanan itu dibuat oleh Kumpulan Serkap Kompeni C, 11 RAMD Kem JPG Tebedu yang melaksanakan Ops Awas di kawasan berhampiran.
Leftenan Kolonel Salmi Istikh Ahmad Pegawai Memerintah 11 RAMD
anggota yang diketuai Sarjan Mohamad Zaidi Mehad telah melaksanakan operasi di lorong tikus, di kawasan berhampiran Inland Port Tebedu pada jarak lebih kurang 200 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia,” katanya.
Pada operasi itu, empat PATI warganegara Indonesia dilihat sedang berjalan melalui lorong tikus berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia menghala ke arah Indonesia sebelum ditahan.
Hasil pemeriksaan yang dibuat, Salmi berkata semua PATI tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan cuba menyeberangi sempadan menggunakan lorong tikus.
“Selepas soal siasat, di- dapati semua PATI dewasa tersebut bekerja di Ladang Sawit di Bintulu dan ingin pulang ke Indonesia.
“Kesemua PATI menaiki kereta awam dari Bintulu dan berhenti di pekan Serian seterusnya menaiki van sewa dari Serian kemudian berhenti di kedai makan yang jaraknya lebih kurang 1.5km dari sempadan.
Tambahnya, PATI tersebut ditahan kerana menggunakan laluan yang tidak dibenarkan untuk tujuan keluar dan masuk di antara dua negara.
“Kesemua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tebedu sebelum diserahkan kepada pihak Imigresen Tebedu untuk tindakan lanjut.