Tangani masalah banjir kilat di kawasan-kawasan yang dikenal pasti
KUCHING: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir di dua bahagian negeri ini, iaitu masingmasing di Kuching dan Sibu bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan-kawasan yang dikenal pasti.
Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelantikan syarikat untuk melaksanakan projek berkenaan juga sudah dibuat, di mana ia hanya menunggu untuk dilancarkan dalam masa terdekat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.
“Jumlah siling yang diluluskan untuk Kuching ialah RM150 juta dan Sibu RM100 juta, di mana masa pelancarannya akan saya bincangkan dengan perdana menteri dan ketua menteri... kalau perdana menteri nak lancarkan di Kuching maka ketua menteri lancarkan di Sibu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Datuk Seri Wan Junaidi di Kampung Tabuan Lot di sini, semalam.
Menjelas lanjut, Wan Junaidi berkata pelaksanaan projek tebatan banjir di Sibu kali ini adalah pada fasa ketiga dengan menumpukan kepada kawasan Bumiputera.
“Di Sibu, kos keseluruhan projek tebatan banjir adalah sebanyak RM890 juta di mana setakat ini, kita sudah melaksanakan projek bernilai RM300 juta dan akan memohon peruntukan untuk fasa keempat dilaksanakan pada tahun depan,” katanya.
Di Kuching pula, beliau berkata pelaksanaan projek akan membabitkan kawasan yang telah dikenal pasti mengalami banjir kilat iaitu Batu Lintang, Stakan, Tabuan Melayu, Sungai Bedil, Gersik termasuk Hospital Umum Sarawak dan beberapa perumahan persekutuan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa semua projek di kedua- dua bahagian akan
Jumlah siling yang diluluskan untuk Kuching ialah RM150 juta dan Sibu RM100 juta, di mana masa pelancarannya akan saya bincangkan dengan perdana menteri dan ketua menteri...kalau perdana menteri nak lancarkan di Kuching maka ketua menteri lancarkan di Sibu. Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
dilaksanakan oleh kontraktor dari Sarawak.
Sempena majlis itu, Wan Junaidi turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk menyelenggara serta menaik taraf dewan masyarakat Kampung Tabuan Lot yang menggunakan namanya itu.