Pustaka Negeri Sarawak anjur Pertandingan Perpustakaan Keluarga
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Perpustakaan Keluarga pada tahun ini.
Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan peserta haruslah mempunyai sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah.
Setiap isi rumah hanya boleh mengemukakan satu penyertaan sahaja.
P e r t a n d i n g a n Perpustakaan Keluarga dianjurkan untuk menanam minat membaca dan menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan sepanjang hayat serta memberi pendedahan kepada pelbagai bentuk bahan bacaan dan sumber maklumat kepada masyarakat di Sarawak.
Selain itu ia dapat membantu ahli keluarga dalam proses pembelajaran semasa di rumah, selain dapat meningkatkan serta memberi nilai tambah kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang yang diminati setiap ahli keluarga.
Johan pertandingan bakal memenangi wang tunai RM500, naib johan RM300 dan tempat ketiga RM200 berserta piala dan sijil.
Orang ramai dialu-alukan menyertai pertandingan ini, dengan penyertaan adalah percuma.
Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati di laman web rasmi Pustaka Negeri Sarawak: www. pustaka- sarawak. com.
Tarikh tutup penyertaan pada 2 April depan (Isnin).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Norassima Sitam atau Fatimah Yahya di talian 082- 442000 sambungan 319/ 241 atau e- mel ke norassis@sarawak.gov.my/ fatimahy@sarawak.gov.my.