Conte, Buffon beri penghormatan emosional kepada Astori
PARIS, Perancis: Florian Thauvin menjaringkan gol pada minit kecederaan untuk membolehkan Marseille mengikat Nantes 1-1 Ahad lepas, sekali gus mengekalkan mereka lima mata di hadapan Lyon dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara musim hadapan.
Marseille, yang dibimbing Rudi Garcia, mempunyai satu peluang untuk memiliki kelebihan tujuh mata di tangga ketiga – slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas Lyon seri 1-1 di Montpellier.
Tetapi Nantes membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi gol Leo Dubois dari umpanan Valentin Rongier.
Ia kelihatan seperti Nantes mampu bertahan sehingga ke wisel penamat sebelum Thauvin menjaringkan gol penyamaan pada minit kecederaan.
Pemain pertahanan tengah, Nicolas Pallois dikatakan cuba mengawal bola dalam kotak penalti beliau sendiri dan walaupun beliau mungkin dikasari Luiz Gustavo, beliau mengumpan bola kepada Thauvin untuk melakukan penyudah tepat dan gol liga ke-19 beliau musim ini.
Pallois kemudian dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan.
Marseille boleh menganggap diri mereka bernasib baik untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 0-3 kepada Paris Saint Germain (PSG) dalam liga dan pertandingan piala.
“Apabila kami bangkit dalam masa tambahan, kami fikir satu mata boleh diterima walaupun kami beraksi di tempat sendiri,” kata Garcia.
“Dengan satu perlawanan dalam setiap tiga hari, kami tidak tahu bila masalah fizikal memberi kesan. Kami mengikat kedudukan terlalu lewat kerana jika tidak, kami boleh memburu kemenangan.”
Lyon, walaupun belum menang dalam enam perlawanan liga, kekal hanya lima mata di belakang Marseille sementara Nantes kekal di tangga ketujuh.
Lyon, yang dibimbing Bruno Genesio, belum memenangi perlawanan liga sejak menewaskan PSG pada 21 Januaari.
Satu mata untuk Montpellier meningkatkan peluang mereka untuk merampas tangga keenam dari Nantes. Mereka mencipta keputusan seri liga yang ke-13 musim ini.
Montpellier membuka jaringan seawal minit ketujuh perlawanan di Stade de la Mosson apabila Isaac Mbenza mencuri ruang di barisan pertahanan Lyon untuk menyempurnakan hantaran lintang Ruben Aguilar. — AFP ROM, Itali: Antonio Conte jelas kelihatan tergamam dan pemenang Piala Dunia Itali, Gianluigi Buffon, memberikan penghormatan emosional kepada Davide Astori, yang meninggal dunia pada usia 31 tahun Ahad lepas dengan menggambarkan rakan senegaranya itu sebagai “luar biasa” dan “seorang yang “hebat”.
Astori, pemain pertahanan kelab Fiorentina dan juga Itali, ditemui mati dari apa yang disyaki serangan jantung di bilik hotel beliau di Udine, di mana pasukan mereka menginap sebelum jadual perlawanan Serie A Itali menentang Udinese.
Astori meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia dua tahun.
Conte, yang membimbing Astori ketika beliau menjadi jurulatih skuad kebangsaan Itali, berkata kematian itu adalah satu “tragedi”.
“Ini adalah satu tragedi dan ia benar-benar menyakitkan saya. Ia sangat sukar untuk mencari kata- kata ketika ini untuk keluarga beliau,” kata pengurus Chelsea itu sebelum perlawanan Liga Perdana menentang Manchester City Ahad lepas.
“Saya melatih beliau dalam skuad kebangsaan. Beliau seorang pemain yang hebat dan seorang individu yang baik. Saya rapat dengan isteri, ibu bapa dan anak perempuannya. Beliau hanya berusia 31 tahun dan ia sangat sukar untuk menjelaskan apa yang berlaku.”
Buffon, kapten kelab Juventus dan juga Itali, mengelar Astori sebagai “seorang individu yang hebat”.
“Selamat jalan Asto,” tulis Buffon dalam laman sosial Instagram bersama- sama gambar mereka bertukar cenderahati sebelum satu perlawanan di antara keduadua kelab.
Buffon berkata beliau tidak biasanya meluahkan perasaan tentang pemain lain.
“Saya mahu membuat pengecualian kerana anda mempunyai isteri masih muda dan mereka yang rapat dengan anda terjejas dengan berita ini tetapi yang paling menyedihkan anak kecil beliau seharusnya tahu ayah beliau seorang yang hebat.”
Perlawanan melibatkan Fiorentina ditangguhkan pada sebelah pagi. Perlawanan sepak mula awal di antara Genoa dan Cagliari, salah sebuah bekas kelab Astori, dihentikan apabila pemain mendapat tahu berita kematian itu ketika memanas badan dalam padang.
Lima perlawanan Serie A lain yang dijadualkan pada hari yang sama, termasuk perlawanan berjiran Inter dan AC Milan, juga ditangguhkan sebagai tanda hormat.
“Fiorentina berasa sangat terkejut kerana terpaksa mengumumkan kematian kapten pasukan, Davide Astori selepas insiden mengejut,” kata kelab menerusi laman sosial Twittr.
Astori mati kerana “sebab semula jadi” selepas “saluran darah terhenti” – satu jenis serangan jantung – menurut Antonio de Nicolo, seorang magisterat Udine yang dipetik sebagai berkata oleh media Itali.
Magisterat menambah bahawa ia adalah “pelik di mana perkara itu berlaku tanpa sebarang simptom amaran dalam bidang yang dipantau dengan rapat.”
Astori memulakan kerjayanya di AC Milan, selain bermain untuk Cagliari dan Roma sebelum menyertai Fiorentina pada 2015. Beliau bermain sebanyak 14 kali untuk skuad kebangsaan Itali.
Beliau membuat penampilan sulung antarabangsa di bawah jurulatih Cesare Prandelli pada Mac 2011 sebagai pemain gantian selepas rehat ketika menewaskan Ukraine 2-0 di Kiev sebelum dibuang padang ketika berbaki 17 minit permainan.
Astori menjaringkan gol tunggal antarabangsa dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Piala Konfederasi 2013 menentang Uruguay, memberikan Itali gol pendahuluan pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 sebelum Itali menang menerusi penentuan sepakan penalti. — AFP