Utusan Borneo (Sarawak)

DUA PARAH NAHAS KERETA, 4WD

-

SARIKEI: Dua cedera parah selepas kereta mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24, Jalan SarikeiSel­alang sekitar jam 1.50 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, pemandu dan penumpang kereta itu berusia dalam lingkungan 30-an.

“Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sarikei ke Sessang, manakala 4WD yang dinaiki seorang pemandu dan penumpang pula dalam perjalanan dari Roban menuju ke Sarikei.

“4WD terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Berikutan rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk kereta sebelum berjaya dikeluarka­n oleh anggota bomba kirakira setengah jam kemudian dan dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk mendapatka­n rawatan.

“Pemandu dan penumpang 4WD mengalami cedera ringan,” kata Suna.

 ??  ?? IMPAK KUAT: Anggota bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit.
IMPAK KUAT: Anggota bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia