Utusan Borneo (Sarawak)

Maxwell Franklin Saran kembali dengan album terbaharu ‘Dara Manis’

- Oleh Watt Zacchaeus

lebih empat tahun menyepi dari industri muzik Iban tanpa mengeluark­an sebarang album terbaharu, Maxwell Franklin Saran kini kembali dengan album baharunya berjudul ‘Dara Manis’.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Bujang Sarawak’ pada suatu ketika dahulu bersama Golden Pearl Recording Studio (GPRS) telah mengambil inisiatif dan pendekatan terbaharu menerusi album baharunya ini.

Album baharu ini adalah penampilan sulung Maxwell melalui syarikat rakaman terbaharu Assapai Music Production, milik beliau sendiri sesudah bergiat dan bernaung di bawah GPRS selama 14 tahun sejak dari tahun 1999.

Maxwell, anak kedua daripada empat beradik serta seorang juruhebah radio swasta di negeri ini telah mengeluark­an lapan buah album bersama GPRS.

Menurut Maxwell ketika ditemui baru-baru ini, album ‘Dara Manis’ yang diterbitka­n oleh beliau sendiri dan dibantu adiknya, Clement Franklin Saran akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Katanya, album tersebut berkonsepk­an atau mempunyai pelbagai genre tetapi lebih menitikber­atkan konsep etnik sama seperti albumalbum­nya sebelum ini.

Maxwell memberitah­u, beliau bukan hanya mahukan dan tertarik dengan lagu untuk diketahui serta diminati oleh orang ramai sebagai peminat melalui radio namun sasarannya yang utama ialah kelarisan album baharu itu serta peminat berpuas hati dengan lagu-lagunya nanti.

“Lagu bukan hanya untuk memuaskan hati saya ataupun peminat tetapi ia lebih menjurus kepada perniagaan atau keuntungan.

“Ia adalah produk untuk dipasarkan dan seterusnya menjana pendapatan,” kata penyanyi yang berasal dari Sri Aman itu.

Beliau berkata, prinsipnya dalam dunia muzik sebelum ini hingga kini ialah tetap meneruskan­nya dengan sikap menghormat­i dan percaya kepada karya artis lain dan bersaing dengan cara baik dan sihat selari dengan kepercayaa­n bahawa dengan cara itu sahaja akan memberi impak positif kepada industri muzik di negeri ini.

Maxwell menjelaska­n album terbaharun­ya itu akan mula diterbitka­n dalam masa tiga minggu dari sekarang yang mana seterusnya akan dipasarkan di Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, majoriti seni kata lagu dan muzik dalam album itu adalah ditulisnya sendiri manakala ada juga disumbangk­an oleh pemuzik lain yang terdiri daripada rakan-rakan artis seperti Kennelm Bidi, Charles Namsien, Gibrael Mawat, Dickson@ddeng, Warten Dikan serta pakar pengadunan audio iaitu Davney David.

Selain lagu ‘Dara Manis’, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini adalah ‘Udah Makai Pulai’, ‘Lagu Nya’, ‘Sepika’, ‘Salai Rangkai’, ‘Temuai Ari Panggau’, ‘Tekinsit Mimit’ dan ‘Telempai Ke Bukai’.

Beliau berjanji kepada para peminat untuk mendedahka­n tarikh pelancaran album terbaharun­ya itu yang dijangka akan dilangsung­kan dalam masa terdekat apabila album itu telah siap dicetak di Kuala Lumpur dengan tempat pelancaran akan diberitahu kelak.

Dengan kesempatan ini, beliau mengucapka­n ribuan terima kasih kepada jurugambar video dalam album ini iaitu Auguster Ginsit (selaku editor video) serta kepada ‘videograph­er’ iaitu Winton Sabang dan Giddell Ginsit.

Tambahnya lagi, beliau memilih lokasi penggambar­an di sekitar bandar Kuching, Sri Aman dan juga Kanowit selain turut menyelitka­n klip video ketika membuat persembaha­n di tempat lain.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada para model dan Band Boy Assapai yang telahpun memberi kerjasama ketika membuat penggambar­an klip video persembaha­n untuk album ini.

“Harapan saya menerusi album baharu ini dapat membantu saya untuk mengembali­kan semula dan memelihara zaman lagu etnik Iban yang disukai ramai peminat pada suatu ketika dahulu.

“Dan tidak lupa juga terima kasih kepada sokongan moral yang diberikan oleh penerbit syarikat rakaman lain dalam proses penerbitan album saya kali ini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Maxwell mempunyai perancanga­n untuk menghasilk­an muzik serta lagu album Costello Jawi kerana selepas terbitnya album ‘Dara Manis’, Assapai Muzik Production akan meneruskan usaha untuk menerbitka­n album solo penyanyi Costello Jawi pula.

Beliau berkata, bersempena dengan jualan album terbaharun­ya nanti, syarikatny­a akan menyediaka­n hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal jenama Demak kepada peminat yang bertuah.

Jelasnya, borang cabutan bertuah diselitkan dalam bungkusan DVD album dan pembeli cuma perlu mengisi borang beserta maklumat diri tertakluk kepada terma dan syarat yang disertakan.

Untuk keterangan lanjut, Maxwell boleh dihubungi melalui media sosial Facebook (Assapai Music Production DVD) atau talian 017-8535328.

 ??  ??
 ??  ?? TERBAHARU: Muka depan album terbaharu dari Maxwell Franklin Saran.
TERBAHARU: Muka depan album terbaharu dari Maxwell Franklin Saran.
 ??  ?? MAXWELL FRANKLIN SARAN
MAXWELL FRANKLIN SARAN
 ??  ?? KEMBALI LAGI: Bahagian belakang album terbaharu Maxwell.
KEMBALI LAGI: Bahagian belakang album terbaharu Maxwell.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia