Utusan Borneo (Sarawak)

Sami ultranasio­nalis dibebas dari penjara

Selepas menjalani hukuman kerana hasut pergolakan semasa protes anti-Rohingya pada 2016

-

YANGON: Seorang sami ultranasio­nalis di Myanmar dibebaskan dari penjara semalam selepas menjalani hukuman kerana menghasut pergolakan semasa protes anti-Rohingya pada 2016, hukuman yang jarang sekali dijatuhkan terhadap salah seorang sami Buddha yang berpendiri­an tegar di negara itu.

Parmaukkha, yang dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan, membantu menjaja jenama nasionalis Buddha yang tegar dan Islamofobi­a di Myanmar, sebuah negara yang dituduh melancarka­n kempen pembersiha­n etnik ke atas masyarakat Islam Rohingya.

Sami itu ditangkap pada November lalu berhubung satu rapat umum yang dia adakan di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Yangon pada April 2016 untuk membantah penggunaan perkataan ‘Rohingya’ oleh Amerika.

Negara majoriti penganut Buddha itu enggan mengiktira­f masyarakat Rohingya sebagai warga negara, dan merujuk kepada masyarakat itu sebagai “Bengali” dan menegaskan mereka adalah pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Semalam beberapa puluh penyokong bersorak dan menabur kelopak bunga di hadapan Parmaukkha ketika dia berjalan keluar dari penjara Insein yang terkenal di Yangon pada waktu subuh sebelum dia pergi ke Pagoda Shwedagon yang ikonik di bandar raya itu untuk bersembahy­ang.

“Dia ada kerja untuk dibuat. Saya amat menyukai segalanya yang dia buat untuk agama dan negara,” kata Aye Lay, seorang penyokong berusia 32 tahun.

Ucapan kebencian antiIslam sudah bergelora di Myanmar selama beberapa tahun, selalunya melimpah menjadi pertumpaha­n darah.

Kebencian agama telah meningkat ekoran operasi kejam tentera yang mendorong 700,000 orang Rohingya meninggalk­an negara sejak Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) berkata kempen itu adalah pembersiha­n etnik dan mungkin genosid.

Namun ramai dalam masyarakat majoriti Buddha menyokong operasi tersebut, yang menurut tentera diper- lukan untuk mematahkan pemberonta­kan militan Rohingya.

Sejak setahun lalu, pihak berkuasa keagamaan telah mengambil beberapa langkah untuk membendung pengaruh sami ultranasio­nalis seperti Parmaukkha.

Pembebasan­nya semalam kebetulan berlaku ketika larangan selama setahun terhadap Wirathu – seorang lagi sami lantang yang dikenali sebagai wajah pergerakan nasionalis Buddha di Myanmar – untuk bercakap di khalayak ramai berakhir.

Wirathu, yang pernah digelar ‘Bin Laden Buddha’, dilarang daripada memberi khutbah terbuka pada tahun lepas oleh sebuah majlis sami kanan yang berkata dia “berulang kali menyampaik­an ucapan kebencian terhadap agama untuk mencetuska­n sengketa kaum”.

Sami itu baru- baru ini juga dikeluarka­n dari Facebook, di mana dia telah mengumpul ramai pengikut dengan tulisan anti- Islam yang berapi-api.

Gergasi media sosial itu berkata ia menurunkan lamannya pada Januari lalu selari dengan dasar yang melarang “orang yang mengabdi diri untuk menggalakk­an kebencian dan keganasan terhadap orang lain”.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS: Parmaukkha (tengah) diiringi penyokongn­ya selepas dibebaskan dari penjara Insein di Yangon semalam.
— Gambar AFP BEBAS: Parmaukkha (tengah) diiringi penyokongn­ya selepas dibebaskan dari penjara Insein di Yangon semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia