Utusan Borneo (Sarawak)

CINTA TERHALANG, LELAKI NEKAD GANTUNG DIRI

-

SIBU: Gadis pilihan tidak direstui keluarga dipercayai punca seorang remaja lelaki menggantun­g diri di belakang rumahnya di Jalan Lim Ham Swee di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa berumur 25 tahun itu dipercayai membunuh diri menggunaka­n tali nilon yang diikat pada besi di bumbung bahagian dapur rumahnya sekitar jam 5 pagi semalam.

“Kakak si mati yang terkejut melihat adiknya tergantung terus memaklumka­n pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian untuk menjalanka­n siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut pengadu, adiknya dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan selepas ahli keluargany­a tidak menyetujui hubungan dengan teman wanita pilihannya.

Katanya lagi, adiknya pernah dilaporkan keluar rumah pada 28 Februari lalu, namun dijumpai di Miri dan dibawa pulang ke Sibu pada 3 Mac.

Sementara itu, Stanley berkata, siasatan awal Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan dengan kematian mangsa di tempat kejadian.

Justeru katanya, kes setakat ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

“Mayat si mati telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat,” tambahnya.

 ??  ?? TRAGIK: Si mati dipercayai menggunaka­n tali nilon untuk menggantun­g diri.
TRAGIK: Si mati dipercayai menggunaka­n tali nilon untuk menggantun­g diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia