Utusan Borneo (Sarawak)

GUNA ‘ JALAN TIKUS,’ DUA PATI TAK SEMPAT PULANG

-

LUNDU: Hasrat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal selepas bekerja di sini tidak kesampaian gara-gara tindakan menggunaka­n ‘jalan tikus’ yang menyebabka­n mereka ditangkap.

Pegawai Memerintah Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Lt Kol Salmi Istikh Ahmad berkata, kedua-dua lelaki berusia 36 dan 41 tahun itu dicekup anggotanya yang melakukan rondaan kira-kira 600 meter dari sempadan MalaysiaI-ndonesia sekitar jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, semasa ditahan, kedua-dua PATI tersebut menunggang sebuah motosikal dan gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan sah.

“Kedua-dua PATI terbabit menunggang motosikal menuju ke arah sempadan Malaysia-Indonesia dengan menggunaka­n ‘jalan tikus’ dan soal siasat mendapati mereka ingin pulang ke kampung mereka di Sambas, Indonesia.

“Mereka (PATI) juga memberitah­u baharu selesai bekerja di sebuah ladang persendiri­an di Kampung Selampit, Lundu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas daripada mereka ialah sebuah motosikal yang dianggarka­n bernilai RM7,000, makanan seperti beras, gula dan biskut serta wang tunai kira-kira RM1,000 dan sejumlah mata wang asing (rupiah).

“Mereka juga akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu di Bau, sebuah motosikal yang disyaki dicuri berjaya ditemui juga oleh anggota Batalion Ke-11 RAMD yang ditinggalk­an di Ladang Sawit Padang Pan, sekitar jam 2 petang semalam.

Menurut Salmi, anggotanya terserempa­k dengan empat lelaki dipercayai warga asing yang menunggang dua motosikal kirakira 700 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia dan cuba menahan mereka untuk pemeriksaa­n.

“Bagaimanap­un, mereka enggan berhenti dan dua berjaya meloloskan diri dengan menunggang sebuah motosikal, manakala dua lagi melarikan diri dengan berlari memasuki kawasan hutan berdekatan dan meninggalk­an motosikal di tempat kejadian.

“Motosikal serta beberapa barangan termasuk 12 botol minuman (1.5 liter) berisi minyak petrol telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” kata Salmi.

Polis turut mengesahka­n motosikal tersebut pernah dilaporkan hilang di kawasan Bau.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota tentera memeriksa motosikal yang ditinggalk­an suspek di tempat kejadian.
PERIKSA: Anggota tentera memeriksa motosikal yang ditinggalk­an suspek di tempat kejadian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia