Utusan Borneo (Sarawak)

Polis temui ketulan kristal disyaki syabu di dalam beg pinggang suspek Suspek dadah dicekup selepas cuba lari

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri sebaik melihat kehadiran polis ketika sedang menunggu pelanggan mengundang padah selepas dicekup di hadapan sebuah salun di sini, pagi kelmarin.

Suspek, 39, dari Kampung Pahlawan ditahan jam 10.15 pagi dalam keadaan mencurigak­an di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, sebaik dihampiri anggota polis, suspek bertindak melarikan diri namun berjaya diberkas.

Dadah seberat 16.42 gram bernilai RM1,500 dirampas daripada suspek dan hasil ujian urin mendapati dia negatif dadah.

Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

Hasil pemeriksaa­n di dalam beg pinggang berwarna hijau yang dipakainya, polis menemui satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Dadah seberat 16.42 gram bernilai RM1,500 dirampas daripada suspek dan hasil ujian urin mendapati dia negatif dadah,” katanya kepada media, se- malam.

Mohd Bukhori berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku memiliki dadah berkenaan.

Katanya lagi, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Dadah yang dirampas daripada suspek.
BAHAN BUKTI: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia